Assalammualaikum dan salam kasih sayang.....
Jom kawan-kawan, abang-abang , kakak-kakak dan adik-adik manis, letakkan pen , kunci kereta , rehatkan jari jemari mu dari keybord komputer dan set-kan waktu untuk pergi bercuti. Ini waktunya menyahut 'panggilan pulau ' di TAMAN LAUT SULTAN ISKANDAR MERSING JOHOR.
 |
foto oleh Ujay As Said |
Haiii,,,
Di bumi Malaysia bertuah kita ini banyak syurga-syurga dunia yang menanti untuk kita kunjungi. Salah satu syurga yang menanti kunjungan kita ialah Taman Laut Sultan Iskandar. Pernah dengar
ke? untuk peminat pulau , scuba dan snorkeling pastinya maklum dengan tempat ini. Tetapi kepada yang belum tahu, jom Ayie cerita tentang Taman Laut ini yang indah bak syurga ...
Apa itu TAMAN LAUT SULTAN ISKANDAR JOHOR
?
Taman Laut Sultan Iskandar terletak di daerah pantai Mersing Johor. Taman yang diwartakan sebagai Taman Marine ini terdiri daripada 13 pulau di 6 kelompok pulau iaitu Pulau Besar , Pulau Tinggi , Pulau Aur , Pulau Sibu , Pulau Rawa dan Pulau Pemanggil. Taman ini dihiasi oleh struktur hutan bukit, hutan bakau dan pantai yang indah.
OK, dah tau tentang taman laut, rase macam nak pergi, tapi macammana ?
Untuk ke Taman Laut ini , harus melalui Mersing iaitu samada melalui Jeti Mersing atau Jeti Tanjung Leman di Johor.
Untuk trip kali ini , AYIE akan ke PULAU BESAR dan PULAU TINGGI . Oleh itu , masuk melalui Jeti Mersing lebih dekat .
TERIMA KASIH
untuk TRAM
dan TOURISM JOHOR
untuk trip
kali ini.
 |
jeti Mersing - foto oleh Nizam |

I
 |
speed bot dah menunggu nak bawa kami ke Pulau Besar |
 |
kita bergambar dulu sebekum bergerak |
Panggilan Pulau pertama yang AYIE kunjungi ialah PULAU BESAR. Trip selama 3 hari 2 malam ini bermula dengan mengunjungi Pulau Besar menggunakan bot laju menyusuri laut cina selatan menuju ke penginapan kami yang pertama.
PULAU BESAR.
PULAU BESAR terletak 16km dari Jeti Mersing dan berkeluasan 777 hektar dan mempunyai populasi 69 orang penduduk. Mereka terlibat dengan industri pelancongan , perikanan dan agriculture. Pulau Besar mempunyai sumber air bawah tanah dan menggunakan sistem solar.
Untuk penginapan dan makanan Ayie di Pulau Besar , Ayie menginap di BAYU LESTARI RESORT.
 |
foto oleh EZY |
 |
permandangan dr villa kami di Bayu Lestari Resort |
BAYU LESTARI RESORT.
Resort yang beroperasi di Pulau Besar ini kepunyaan wanita yang mesra di panggil KAK ROS menawarkan penginapan yang bersih , cantik dan mesra beserta pakej makanan yang enak. Menjadi tempat penginapan Ayie untuk 1 malam di Pulau Besar.
Berkonsepkan penginapan vila , BAYU LESTARI RESORT pasti bisa memenuhi keinginan anda untuk bercuti dengan tenang dan gembira.
 |
kumpulan Koir yang menyambut ketibaan kami di Bayu Lestari Resort
foto oleh Nizam |
 |
dewan makan di Bayu Lestari Resort.. sedap ooo makanannya.. |
 |
bilik beradu kami di Bayu Lestari Resort |
 |
bbq di Bayu Lestari Resort |
Panggilan pulau kedua yang Ayie kunjungi ialah PULAU TINGGI.
PULAU TINGGI.
Pulau Tinggi merupakan antara pulau yang ada di Taman Laut Sultan Iskandar . Pulau Tinggi meliputi kawasan seluas 1554 hektar dan terletak 20 batu nautika dari selatan tenggara Mersing. Pulau yang di gazetkan sebagai Taman Marin ini membuatkan pulau ini sebagai pusat pembelajaran dan penyelidikan aktiviti marin. Selain pantai dan air laut yang membiru, pulau ini juga merupakan tempat penetasan penyu.
 |
bergambar bersama lagiii..
foto oleh EZY |
TAD MARINE RESORT.
Satu-satunya resort yang beroperasi di Pulau Tinggi menjadi penginapan Ayie untuk malam terakhir di Taman Laut Sultan Iskandar. Resort yang bercirikan senibina melayu tradisional ini lebih dekat dengan jeti Tanjung Leman.
Menawarkan chalet yang cantik
dan selesa
, servis yang bagus
dan makanan yang enak
, TAD Marine Resort
boleh dipilih
untuk penginapan percutian anda.
 |
nak mandi swimming pool pun boleh di TAD Marine Resort |
 |
bilik untuk kami ZZZZZZ di Tad Marine Resort |
 |
penginapan senibina melayu tradisional di Tad Marine Resort |
AKTIVITI-AKTIVITI DI TAMAN LAUT :
Selain menghayati keindahan ciptaan tuhan dam mandi manda di pantai, banyak aktiviti - aktiviti yang boleh kita lakukan di taman laut. BAYU LESTARI RESORT
dan TAD MARINE RESORT
ada menawarkan pakej
aktiviti seperti snorkeling trips
, scuba diving
, island hopping
, memancing , berkayak , sukan pantai seperti bola sepak
dan bola tampar pantai
dan banyak lagi untuk
kita cuba.
 |
scuba diving - tak bole join.. takde lesen.. huhuhuhuu
foto oleh Farihan Baharudin
coral2 yang cantik
foto oleh Cenggitu
|
 |
foto oleh Neysa Assila |
 |
foto oleh Neysa Assila |
Jom tengok foto-foto di bawah ni sewaktu snorkeling di Pulau Metinggi .
 |
pertama kali Ayie snockeling |
 |
seronoknya kami - biar muka hitam asalkan gumbira |
 |
jom datang sini..
|
Santai- santai di Taman laut Iskandar....
 |
berbasikal melawat kawasan - Bayu Lestari Resort |
 |
dah lama tak bergayut - Bayu Lestari Resort |
 |
feeling2 di Bayu Lestari Resort |
 |
tarik tali |
 |
bola sepak dan tarik tali - antara aktiviti kami di Bayu Lestari Resort |
 |
tarik tali - 1 lawan 1 |
 |
ikan oh ikan dimana engkau ikan |
 |
memancing di waktu malam |
 |
air terjun di Pulau Tinggi , sebelum nak sampai sini, kena trekking dulu... barulah lepaskan penat mandi air terjun
foto oleh Herman |
 |
berkayak di Pulau Besar |
 |
malam2 berkaraoke di Tad Marine Resort
foto oleh Dato Azlie |
 |
island hopping - antaranya kami ke Pulau Ibol |
 |
Pulau Ibol - antara spot bagus dan cantik untuk snockeling,cuma time kami sampai ke sana laut bergelora,, tak bagus untuk snockeling |
 |
penginapan lain yang ade di Pulau Besar |
 |
kampung walk di Pulau Besar |
 |
speedbot melaju untuk island hopping |
 |
senja di Bayu Lestari Resort |
 |
seronok berendam di laut biru |
Trip ke Taman Laut Sultan Iskandar Mersing Johor kali ini sangat menyeronokkan dan pulau-pulau di taman laut ini sangat indah dan boleh dikatakan seperti Maldive Malaysia.. oleh itu,, tak perlu pergi jauh-jauh.. di Malaysia juga ada,, jom cuti dalam negara.. Malaysia Truly Asia..
Jutaan TERIMA KASIH kepada :
- Persatuan Penulis Pelancongan Malaysia
( TRAM
)
- Tourism Johor.
-
Bayu Lestari Resort Pulau Besar
- Tad Marine Resort Pulau Tinggi
dan semua Rakan - rakan Media
dan Blogger yang terlibat.
Berapa pakej utk family
ReplyDelete