THE GOLDEN ERA OF PERANAKAN: ISLAMIC FASHION FESTIVAL 2026 MERAIKAN 20 TAHUN KEGEMILANGAN FESYEN MODESTI
Assalammualaikum & Salam Manis... Apabila warisan bertemu keanggunan, terciptalah sebuah perayaan fesyen yang menyatukan budaya, seni dan keindahan tanpa sempadan. Dunia fesyen modest bakal menyaksikan sebuah perayaan penuh prestij apabila Islamic Fashion Festival (IFF) Kuala Lumpur 2026 kembali dengan tema istimewa ‘Peranakan The Golden Era’ , bersempena sambutan ulang tahun ke-20 penganjurannya. Berlangsung dari 21 hingga 23 November 2026 , acara berprestij ini bukan sekadar sebuah pertunjukan fesyen, malah menjadi simbol perjalanan dua dekad IFF dalam mengangkat keindahan fesyen modest ke pentas antarabangsa. Penganjuran kali ini merupakan persembahan IFF yang ke-49, sekali gus menandakan satu lagi pencapaian penting dalam sejarah festival yang telah merentasi pelbagai benua dan budaya. Warisan Peranakan, Inspirasi Keanggunan Sepanjang Zaman Pemilihan tema ‘Peranakan The Golden Era’ membawa mesej yang cukup istimewa. Ia mengangkat keunikan warisan Peranakan sebagai lamba...