IDEA LIVE ARENA TINGKATKAN DAYA TARIKAN NEGARA SEBAGAI HAB HIBURAN DAN PELANCONGAN SERANTAU SEMPENA TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2026!

Assalammualaikum & Salam Manis.... Idea Live Arena, arena tertutup terbesar di Malaysia yang terletak dalam pusat beli-belah dan kedua terbesar secara keseluruhan di negara ini, secara rasmi membuka tirainya di 3 Damansara Petaling Jaya pada 27 April 2025 . Majlis pelancaran yang penuh berprestij ini disempurnakan oleh Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Biro Konvensyen dan Pameran Malaysia (MyCEB), Tan Mei Phing, dan turut dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Dato’ Azmir Saifuddin Mutalib, selain kehadiran ramai pemain industri, tetamu kehormat dan peminat hiburan. Idea Live Arena, yang mampu memuatkan sehingga 5,000 tempat duduk atau 7,000 tetamu dalam susunan duduk dan berdiri, dibangunkan menerusi pelaburan berjumlah RM40 juta melibatkan kerja-kerja naik taraf struktur, pengubahsuaian, dan pemasangan sistem teknikal terkini. Dengan kelengkapan audio, pencahayaan dan visual bertaraf dunia, arena ini direka untuk menj...