TEMERLOH UNLIMITED : PEKAN SEHARI TEMERLOH - TERBESAR DI SEMENANJUNG MALAYSIA & MACAM-MACAM ADA !
ASSALAMMULAIKUM & SALAM MANIS....
Tahu kah korang, hari minggu di Temerloh pasti akan meriah dengan orang ramai berbelanja di suatu tempat iaitu PEKAN SEHARI TEMERLOH. Bertepatan dengan namanya, Pekan Sehari Temerloh hanya beroperasi selama sehari sahaja iaitu hari Ahad setiap minggu bermula 7 pagi hingga 12 tengahhari.
Untung pertama kali Ayie sampai di temerloh hari ahad, maka dapat lah merasai keunikan pasar Pekan Sehari Temerloh yang popular ni. Betul ! memang meriah tak tipu !! mungkin kerana ia hanya sehari, maka orang ramai menunggu masa untuk shopping di sini.
Sepanjang jalan sekitar 500 meter panjangnya pekan sehari ini padat dengan khemah peniaga yang menjual berbagai-bagai jenis jualan. Sebenarnya Pekan Sehari Temerloh adalah Pasar Terbesar di Semenanjung Malaysia dengan hampir 2000 meter dan lebih kurang 1000 peniaga tetapi dengan keadaan pandemik sekarang dan ada bahagian yang sedang dinaik taraf, ia belum nampak besar sepenuhnya. Mungkin bila semua sudah kembali normal, Pekan Sehari Temerloh bertambah meriah.
Seronok tengok bermacam-macam jenis jualan kiri kanan orang meniaga. Dari makanan, pakaian, sayur-mayur, buah-buahan, barang basah, barang kering dan banyak lagi la tak larat nak cerita, tengok sendiri la. Bertambah seronok bila kita boleh tengok beberapa benda "rare" yang kita tak pernah tengok atau lain dari tempat asal kita seperti kuih tradisional Temerloh dan bahan mentah yang hanya boleh kita dapat di Pekan Sehari Temerloh ini. Jangan lupa ikan kebanggaan Temerloh iaitu Ikan Patin Sungai pun ada dijual disini. Semua ada lah..
Lenguh dah kaki jalan beli itu ini kat Pekan Sehari ni, jom duduk istirehat di bangku yang di sediakan di sepanjang persisiran Sungai Pahang berdekatan dengan Pekan Sehari. Duduk kejap minum air makan kerepek yang beli tadi sambil bergambar dan tengok arus Sungai Pahang yang laju dan warna coklat. Best gilerrr...
Ok, benda gini you all kena rasa sendiri, cakap banyak tak guna. Ingat kalau datang ke Temerloh, rancang hari anda, jangan terlepas Pekan Sehari Temerloh ni ya... Ok bye.....
SUKACITA,
AYIE.
Comments
Post a Comment