TOURISM SELANGOR AKAN MEMBAWAKAN AIZAT AMDAN DAN TAWAR DISKAUN SEHINGGA 50% DI MATTA FAIR KALI INI

 Assalammualaikum & Salam Manis...

Tourism Selangor bersama-sama dengan 26 produk pelancongan Negeri Selangor, telah menyertai Pameran MATTA (MATTA Fair) 2025 bermula pada 18 hingga 20 April di MITEC Kuala Lumpur. 

Produk pelancongan yang dibawakan sempena MATTA FAIR pada kali ini merangkumi pelbagai segmen seperti perhotelan, taman tema, agro dan eko, budaya dan warisan, gastronomi, sukan dan pengembaraan serta perniagaan dan MICE. Antara produk pelancongan yang menarik di Selangor yang akan bersama-sama menyertai MATTA Fair di bawah Pavilion Tourism Selangor adalah seperti,  Tourism Selangor Promosi Sdn Bhd, Perbadanan Adat Melayu & Warisan Negeri Selangor (PADAT), Farm In The City, Bangi Wonderland, GL Play by Gamuda Land, Farm Fresh, Jump Street Malaysia, Sky Mirror Travel & Tours, Eastin Hotel Petaling Jaya, Wet World Water Park Shah Alam, Chocolate Museum, Rumah Hutan Terapi Alam, Glenmarie Hotel & Golf Resort, Mercure Glenmarie, Wyndham Acmar Klang, Fraser Valley Kuala Kubu Bharu, Nur Lembah Pangsun Eco Resort, Cyberview Resort & Spa, Jungle School Gombak, Selangor Fruit Valley, Heritaste Kacang Tumbuk Jenjarom, HI Dragon Fruit, Tenera Hotel, Amverton Cove Golf & Island Resort dan Armada Hotel.

Kesemua 26 produk pelancongan ini menawarkan potongan harga pakej dan tiket produk pelancongan sehingga 50%. Sasaran pengunjung adalah sebanyak 200,000 orang pengunjung dan sasaran jualan sebanyak RM1 juta, dalam masa 3 hari acara pameran berlangsung .

Tourism Selangor juga telah menggunakan platform MATTA Fair ini bagi memperhebatkan lagi promosi Tahun Melawat Selangor 2025, dengan ruangan dan rekaan reruai pameran yang memberikan informasi berkenaan dengan kempen tersebut termasuk, ruang informasi dan ‘Photobooth’ khas. Lebih menariknya lagi, Perbadanan Adat Melayu & Warisan Negeri Selangor (PADAT) turut bersama-sama mengadakan demonstrasi pembuatan Wau Kapal Selangor serta ruang interaktif permainan tradisional.


Antara pengisian istimewa dan menarik yang dijalankan sempena MATTA Fair hujung minggu ini adalah ‘showcase’ khas yang dijalankan pada 19 April 2025 (Sabtu) di pentas utama MITEC, Tingkat 1, bermula pada 12.30 tengahari hingga 1.30 petang. Showcase khas dalam masa 1 jam ini telah membawakan Aizat Amdan untuk penampilan serta persembahan istimewa, Sesi pelancaran Annual Pass Farm Fresh bersama Tuan Azmi bin Zainal, Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Farm Fresh Berhad (Boss Susu) dan Sesi ‘Happy Hour’ dengan pemberian hadiah percuma dan baucar menarik kepada pengunjung. 





Sokongan Tourism Selangor di Pameran MATTA 2025 ini merupakan salah satu komitmen untuk mempromosikan pelancongan mampan sambil menyokong ekonomi Negeri Selangor selain memperkenalkan keunikan serta kepelbagaian produk pelancongan. Pengunjung yang hadir ke Pameran MATTA kali ini akan dapat menyelami warisan budaya, keindahan alam semula jadi Negeri Selangor dan inisiatif pelancongan yang inovatif yang ditawarkan di Negeri ini sambil merebut peluang untuk membawa pulang pelbagai cenderahati, buah tangan, dan baucar percuma pelancongan menarik di Pavilion dan reruai Selangor.


Maka dengan itu, nak bercuti, Pusing Selangor dulu.. Pasti anda terkejut dan teruja dengan keindahan Selangor!

#surprisingselangor

SUKACITA, 

AYIE. 

Comments

Popular posts from this blog

MENU BARU AYAM GEPUK PAK GEMBUS : SATE AYAM CRISPY JOGJA & AIR KELADI SEMARANG !!

IDEA LIVE ARENA TINGKATKAN DAYA TARIKAN NEGARA SEBAGAI HAB HIBURAN DAN PELANCONGAN SERANTAU SEMPENA TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2026!