KL EXPERIENCE & EXPLORE HUNT 2026 : BAWA PESERTA JELAJAH PANTAI TIMUR BERKONSEPKAN ROAD TRIP!
Assalammualaikum & Salam Manis...
Promosi pelancongan domestik semakin rancak dilakukan untuk menarik minat rakyat Malaysia melancong dalam negara.
Maka dengan itu, Gaya Travel Magazine dan Tourism Malaysia hadir dengan idea menarik dan seronok untuk memperkenalkan lagi tempat-tempat yang cantik menarik khususnya di Negeri Terengganu Darul Iman.
Konsep Roadtrip!
Pada 16 Mei lepas, bertempat di Pusat Pelancongan Malaysia (MaTIC), KL, telah berlangsungnya acara pelepasan konvoi KEMBARA VM2026: KL Experience & Explore Hunt 2026. Acara ni memang meriah habis sebab ia menandakan bermulanya misi jelajah Pantai Timur sempena kempen Melawat Malaysia 2026 (VM2026)!
Acara pelepasan yang meriah ini telah disempurnakan secara bersama oleh En. Mohd Roslan Abdullah (Pengarah Kanan, Bahagian Domestik dan Acara, Tourism Malaysia), En. Sufian Bin Zainuddin (Pengarah, Tourism Malaysia Wilayah Tengah), En. Nuar Md Diah (Pengarah Urusan, Gaya Travel Magazine), Cik Syafiqah Aqilah (Social Media Executive, Starbucks), dan En. Muhammad Fauzi Ahmad (Pengurus Acara dan Tajaan, F&N Beverages Marketing Sdn Bhd).
Kerjasama mantap antara Tourism Malaysia dan Gaya Travel Magazine ni sebenarnya nak tunjuk pada kita semua betapa bestnya kalau kita buat percutian jenis road trip atau memandu sendiri (self-driving) pusing Malaysia.
Konvoi 4 hari 3 malam (16 - 19 Mei) ni disertai oleh 83 orang peserta yang terdiri daripada geng media dan juga KOL/influencers termasuk la Ayie. Jom Ayie cerita pasal KL Experience & Explore Hunt 2026 ni.
Tapi ni bukan road trip biasa-biasa ya. Konsepnya adalah Tourism Hunt. Sambil peserta memandu dari KL merentasi Selangor dan Pahang hinggalah sampai ke Kuala Terengganu, kami juga harus selesaikan macam-macam cabaran treasure hunt dan tugasan imersif untuk kutip markah. Sambil main game, sambil promosikan pelancongan berasaskan komuniti tempatan. Syok kan?
Lokasi Ikonik Yang Di Serbu!
Sepanjang laluan kembara tu, banyak gila tempat best dan bersejarah yang kami singgah. Antaranya:
KL & Selangor: Menara Kuala Lumpur & Muzium Orang Asli Gombak.
Bentong Pahang : Restoran Udang Galah Lubuk Hantu.
Terengganu (Spot wajib singgah!): Muzium Negeri Terengganu, Kampung Budaya Terengganu, mencanting batik di Noor Arfa, bergambar di Jambatan Angkat (Drawbridge), lepak di Nyiur Pantai Sauh Cafe, chill dekat Terrapuri Heritage Resort, merasai nasi dagang di Restoran Nasi Dagang Jejantas.
Makan tengah hari di Restoran Singgah Budu, Restoran Pior Ganu pun kami singgah makan sebelum makan malam di restoran Marshima Tomyam Seafood dan rasmikan trip dengan shopping dekat Pasar Payang!
Tidak lupa penginapan kami di hotel 4 bintang iaitu Hotel Raia di Kuala Terengganu.
Sokongan Padu & Penaja Gergasi
Nak gerakkan konvoi ramai-ramai macam ni mesti lah kena titikberatkan keselamatan, betul tak? Untunglah konvoi ni mendapat kawalan dan sokongan penuh daripada abang-abang PDRM dan APM.
Bukan itu sahaja, program ni jadi lebih gempak sebab dapat sokongan strategik daripada penaja besar macam MaTIC, Perodua, Starbucks, 100 Plus, Menara KL, dan JAKOA. Untunglah peserta, dapat memandu kereta Perodua sambil layan kopi Starbucks!
Semoga dengan road trip ini kita semua akan rasa terinspirasi nak hidupkan enjin kereta dan start mengembara teroka bumi Malaysia kita sendiri. Lagi-lagi sempena VM2026 ni, jom lah kita support lokal!
Terima Kasih Gaya Travel dan Tourism Malaysia kerana menganjurkan acara kembara seperti ini untuk merasai keindahan sepanjang road trip ini.
So, korang tunggu apa lagi? Jom pack barang, geng up member, kita buat road trip Pantai Timur pulak lepas ni! Let's go!
KL Experience & Explore Hunt 2026
-Journey To Terengganu!!!
#KLExperienceExploreHunt2026
#RoadToTerengganu
#ExploreMalaysiaTogether
#VisitMalaysia2026
@tourismmalaysiacentral
@malaysia.truly.asia
@gayatravel
@perodua
SUKACITA,
AYIE.
































Comments
Post a Comment