Philips Cipta Sejarah! Raih Malaysia Book of Records Gosok 49 Baju Sekolah Dalam Masa 1 Jam
Assalammualaikum & Salam Manis...
Kuala Lumpur, 28 Julai 2026 – Rutin menggosok baju sekolah kini tidak lagi membosankan! Philips Domestic Appliances Malaysia uji berjaya mencatat sejarah baharu dalam Malaysia Book of Records menerusi acara penanda aras kehidupan moden di Harvey Norman Mid Valley KL Flagship Store.
Inovasi Yang Memahami Realiti Ibu Bapa
Pengarah Komersial Philips Domestic Appliances Malaysia, Patt Sue-Ann, menegaskan bahawa setiap inovasi Philips dicipta untuk menyelesaikan cabaran sebenar kehidupan harian.
"Di Malaysia, menggosok seragam sekolah boleh menjadi tugasan yang memakan masa. Dengan Philips PerfectCare Steam Generator yang dinaik taraf ini, kami mahu mencipta penyelesaian yang menjimatkan masa supaya ibu bapa dapat meluangkan lebih banyak detik bermakna bersama insan tersayang," jelas Sue-Ann.
Beliau menambah, cabaran ini direka khas melihat kepada kepelbagaian seragam sekolah di Malaysia—daripada sekolah rendah hingga menengah, baju kurung, tudung, pinafore, hinggalah ke kot pengawas.
Setakat Januari 2026, Kementerian Pendidikan Malaysia menganggarkan hampir 5 juta murid bawah 18 tahun bersekolah. Justeru, Philips mahu menjadi 'penyelamat' buat ibu bapa dalam menguruskan tugasan harian ini.
Kuasa 'Ironman' & Seterika Paling Berkuasa
Sesi penciptaan rekod ini disempurnakan oleh Nik Erwan Nik Roseli—Perunding Kreatif dan Pengagaya Terkemuka yang dilantik sebagai "Ironman" rasmi Philips. Beliau yang berpengalaman hampir 20 tahun dalam dunia fesyen pernah menggayakan selebriti popular seperti Mierul Aiman, Hael Husaini, dan Shiha Zikir.
"Dengan Philips PSG ini, saya dapat menyelesaikan sehelai kemeja dalam masa kurang daripada satu minit! Seterika yang betul bukan sahaja menjimatkan masa pada bahagian sukar seperti kolar, butang dan lipatan, malah melindungi kualiti fabrik," kata Nik Erwan.
Pertunjukan Kehebatan Siri Philips PSG 8000:
Kuasa Stim Maksimum: Kadar stim 215g/min dengan lonjakan stim (steam boost) mencecah 750g - 850g.
Teknologi OptimalTemp: Dijamin TIADA kesan terbakar pada sebarang fabrik mesra seterika walaupun ditinggalkan di atas baju.
Pantas & Fleksibel: Stim dikeluarkan serta-merta mengikut pergerakan (tanpa masa menunggu) dan boleh digunakan secara mendatar atau menegak.
Kapasiti Praktikal: Tangki air boleh tanggal 1.4 liter dan fungsi pemadaman automatik selepas 4 minit dibiarkan.
Pengiktirafan Rasmi & Sokongan Rakan Industri
Pencapaian ini diuji dan diiktiraf secara rasmi oleh jurucakap Malaysia Book of Records, Megat Faris Megat Muzzafar Shah, yang menyifatkan kejayaan ini seiring dengan ulang tahun ke-30 institusi tersebut dalam meraikan pencapaian negara. Pengiktirafan ini sekaligus mengukuhkan lagi kebolehpercayaan pengguna terhadap jenama Philips.
Turut hadir meriahkan majlis tertutup ini ialah Yvonne Chin (Penolong Pengurus Besar Barangan Elektrik Kecil & Penjagaan Diri Harvey Norman Malaysia), pempengaruh dan selebriti tempatan seperti Norreen Iman, Catriona Ross, Kenzo Katarmo, serta rakan-rakan media.
"Kami bangga menjadi sebahagian daripada pencapaian ini. Harvey Norman komited menyediakan akses kepada jenama terkemuka dunia yang disokong oleh Pakar Produk kami untuk membantu keperluan pelanggan," tambah Yvonne Chin.
Oleh yang demikian, pastikan Phillips PSG 8000 ini di rumah anda.
SUKACITA,
AYIE.














Comments
Post a Comment