MANSUR & LIU BAWA SEJARAH, CINTA DAN KEDAULATAN DALAM LAYAR MUZIKAL BERTEKNOLOGI TINGGI!
Assalammualaikum & Salam Manis....
Bunga melur di laman seri,
Harum mewangi dibawa bayu;
Terbuka hikayat warisan negeri,
Mansur bertemu puteri Liu.
Diberi nama Teater Muzikal Mansur & Liu, ia bukan sekadar mengisahkan pertemuan antara Sultan Mansur Shah dan Puteri Liu dari Dinasti Ming, bahkan menyingkap sebuah zaman yang menyaksikan diplomasi mengatasi sengketa, kebijaksanaan mengatasi kekuatan dan kasih merapatkan dua empayar yang dipisahkan oleh lautan.
Buat julung kalinya juga, maestro seni tanah air, Dato' M. Nasir mengemudi sebuah teater muzikal sebagai sutradara, menghadirkan sebuah karya yang lahir daripada jiwa seorang seniman, berpaksikan sejarah bangsa namun dipersembahkan dengan roh yang merentas zaman.

Maka seia sekatalah empunya naskhah menghimpunkan para seniman terbaik tanah air dalam satu muafakat yang boleh diibaratkan sebagai titian diplomasi seni.
Daripada dunia muzik hingga ke pentas lakonan, segala bakat dipersatukan bagi menzahirkan Mansur & Liu, sebuah persembahan yang bukan sahaja menghidupkan kembali sejarah, bahkan meraikan kebesaran warisan seni Melayu dengan segala kemuliaannya.
Dan setelah diperhalusi akan segala ikhtiar juga pertimbangan tuntas, Roman Abadi yang diterajui Dato M Nasir dan Datin Marlia Musa serta Icon Entertainment sepakat menyerahkan mahkota watak Sultan Mansur Shah kepada Alif Aziz, manakala Melinda Dadew dipilih menghidupkan peribadi Puteri Liu.
Panggung Mansur & Liu turut dihidupkan dengan bala tentera, dayang dan inang istana termasuk Amerul Affendi, Sherry Alhadad, Hazama, Taqim Zaki, Brian Chan, Fadhli Masoot, Anas Ridzuan,Arena Wan, Ruzana Ibrahim, Fiza Thomas, Taufiq Izmir, Marzuki Noh dan Shahrul Mizad bakal menyempurnakan denyut sebuah kerajaan yang pernah berdiri sebagai pusat tamadun Nusantara.
Arakian bermula 10 hingga 20 September 2026, tirai Panggung Sari, Istana Budaya akan terbuka bagi menyambut sebuah persembahan berskala besar dan imersif ini. Di balairung seni persembahan paling berprestij negara itu, cahaya, bunyi, tari, busana, seni bina pentas dan teknologi moden berpadu bagi menghidupkan semula istiadat, kemegahan dan kehalusan budaya Kesultanan Melaka dalam sebuah pengalaman yang memukau pancaindera.
Tiket boleh didapati di
https://www.ticket2u.com.my/MansurdanLiu
bermula Isnin, 10 Ogos 2026pukul 3 petang.
Stalls (Balairung Utama)
• A1 – RM388• A2 – RM408• A3 – RM388• A4 – RM368• A5 – RM388• A6 – RM368
Grand Circle (Anjung Bendahara)
• B1 – RM268• B2 – RM308• B3 – RM268
Upper Circle (Anjung Rakyat)
• C1 – RM88• C2 – RM128• C3 – RM88
Kalau asal benih yang baik,
Jatuh ke bumi tetap bersemi;
Kalau asal sejarah yang baik,
Tak lapuk dek zaman, tak lekang dek seni.
SUKACITA,
AYIE.










Comments
Post a Comment