TAMAN WETLAND - Jantung Putrajaya.

Berkunjung ke Taman Wetland Putrajaya bersama rakan media dalam Travelogue Escape 2.0 Putrajaya memberikan banyak pengetahuan tentang taman tanah lembab pertama buatan manusia ini. Taman Wetland yang juga dikenali sebagai ' the heart of Putrajaya ' ini merupakan kawasan tanah lembab air tawar yang terbesar dan terpenting di bina di kawasan tropika. Ia juga adalah satu lagi kisah kejayaan Putrajaya yang membanggakan. Selama bertahun-tahun , taman ini telah berkembang menjadi lebih daripada ' water filter ' untuk tasik Putrajaya dan telah berjaya mengekalkan keseimbangan ekosistem di sini. Terbahagi kepada 2 bahagian, iaitu Wetland Park dan Pusat Rekreasi Tasik ( lake recreational centre ) taman ini merupakan taman awam yang menyediakan kemudahan - kemudahan seperti jalan dan laluan yang direka dengan baik , menara tinjau dan tasik Flamingo. Di beritahu, flamingo di sini di beri makan cencaluk dan burung ini tidur berdiri Di Pusat Rekrea...