Bergembira di SKY RIDES FESTIVALS PARK PUTRAJAYA.


Sky Rides Festivals Park Putrajaya adalah tapak festival yang menyediakan pelbagai keseronokan dan tempat yang sangat sesuai untuk menghabiskan masa riadah anda dari siang hari hingga ke malam. Banyak zon- zon rekriasi yang ada , tetapi yang paling mencuri tumpuan ialah belon besar Sky Balloon dan tapak halangan ala-ala ninja warrior di Sky Warrior.


Rasailah pengalaman menaiki belon helium yang terbesar di Malaysia dan mencuba kekuatan fizikal dan mental anda di Sky Warrior yang menjadi tarikan utama di Sky Rides Festivals Park ini.

SKY RIDES BALLOON.

Sky Rides Balloon ini ialah belon tethered helium yang pertama dan terbesar di Malaysia yang mendapat pengiktirafan The Malaysia Book Of Records untuk itu. Sekiranya anda melalui jambatan Sri Wawasan di Putrajaya , sudah boleh nampak belon helium ini megah terapung di udara. Belon helium ini tak melayang-layang di udara macam belon panas di Cappadocia tu ye.... belon helium ini hanya bergerak dari bawah untuk mengambil pengunjung dan bergerak perlahan-lahan ke atas. Apabila sampai di ketinggian yang di tetapkan , belon akan statik di ketinggian tersebut selama beberapa minit dan pengunjung boleh lah menikmati panorama 360 darjah Putrajaya dari udara dan lihat bagaimana rupa ikon-ikon Putrajaya dari ketinggian 500 kaki... Ramai yang beritahu , naik waktu senja baru best katanya,  permandangan lagi cantik.. tak percaya ? pergi la try..

Harga tiket :My Card         - dewasa rm45   kanak-kanak  rm35
                    Non my card  - dewasa rm 73   kanak- kanak  rm 65

inilah dia belon tethered helium pertama dan terbesar di Malaysia..

antara panorama Putrajaya dari udara

person in-charge di dalam belon helium ni.. dia uruskan secara manual..

kami berada di dalam sangkar.. untuk keselamatan..

keterujaan menaiki belon helium terbesar di Malaysia..

haiiii.. kami dah try... anda bila lagi...

SKY WARRIOR.

Penggemar rancangan Ninja Warrior di Astro pasti teruja untuk mencuba kekuatan fizikal dan mental anda di Sky Warrior Putrajaya. Panjat-panjat dan lompat-lompat serta kekuatan stamina anda akan di uji di sini... Dengan sekali bayaran masuk, anda boleh mencuba berkali-kali halangan-halangan yang ada sehingga anda puas .
Untuk kanak-kanak , SKY KIDS pun ada untuk mereka...

Ini dia halangan -halangan yang menanti di SKY WARRIOR...



salah seorang rakan media dari Jepun yang mencuba.. tapi sayang,, kandas di halangan kedua.



sebelum nak try sky warrior , warm up dengan angkat tong ni dulu..


Oeh itu , jangan ketinggalan untuk berkunjung ke Sky Rides Festivals Park Putrajaya...

Di buka setiap hari  10 pagi hingga 10 malam.
Jumaat & Sabtu : 10 pagi hingga 12 tengah malam.

Masuk PERCUMA ke Tapak Festival , tetapi untuk mencuba pelbagai tarikan yang ada , perlu membayar tiket.





Keterangan lanjut boleh hubungi :

SKY RIDES FESTIVALS PARK PUTRAJAYA ,
Jalan P2M , Presint 2 , 62100 Putrajaya.
+6016 272 2677 / +6014 969 9482
www.skyridesfestivals.com

TERIMA KASIH kepada :
 - Travelogue Escape 2.0 Putrajaya
 - Santai Travel
 - Perbadanan Putrajaya
 - Sky Rides Festivals Park Putrajaya
dan SEMUA yang TERLIBAT.

Sekian dari AYIE.





Comments

Popular posts from this blog

EKPLORASI TASIK KENYIR : Bersama UMT & MEDIA SOSIAL - 24 JAM Pertama.

BATAM - EPISOD 2 : NAIK RORO KE PULAU BINTAN..

KG JKIN RESORT : APA CITER ATV TERMURAH & HIKING KE KAWASAN MAHLUK HALUS ??!!