BERKUDA di TAMAN EKUESTRIAN PUTRAJAYA


Berkuda merupakan salah satu sukan yang menyihatkan dan sangat menyeronokkan. Cuma, kalau dulu kita selalu beranggapan sukan ini atau sekadar nak merasai naik kuda memerlukan kos yang besar. Ayie ingat lagi , masa kecil-kecil dulu , bila tengok di tv orang naik kuda , teringin sangat .. tapi tak tahu nak naik kuda di mana dan pikir mesti mahal harganya....

Tapi itu dulu...sekarang sudah banyak tempat yang bole kita menunggang kuda dengan harga yang berpatutan. Salah satunya di Taman Ekuestrian Putrajaya ( TEP )..

Mula-mula sampai di Taman Ekuestrian Putrajaya ini , AYIE ingatkan tempat ini hanya untuk ahli-ahli kelab sahaja, kerana pintu masuknya saja dah memperlihatkan kemewahan dan ' private ' nya taman ini. Rupa-rupanya ia terbuka untuk orang ramai untuk merasai pengalaman menunggang kuda.






Taman Ekustrian Putrajaya menawarkan persekitaran yang hebat dan cantik di tengah-tengah keindahan alam semulajadi untuk orang ramai menunggang kuda dengan harga yang berpatutan. Bagi penunggang kuda mahir , di sini lah tempat mereka mengasah kemahiran menunggang mereka.




Taman yang di uruskan oleh Pulse Group ini sering menjadi tuan rumah untuk acara-acara besar pertandingan sukan ekuestrian dan sukan polo seperti Premier Cup Series dan terbaru sebagai salah satu venue semasa Sukan Asia Tenggara Kuala Lumpur 2017 .

Buat yang berminat dengan sukan ekuestrian ini , kelas menunggang kuda juga di buka untuk anda. just deal sahaja dengan mereka..




Sila hubungi :

Taman Ekuestruian Putrajaya,
Presint 5 , 62200 Putrajaya,
Wilayah Persekutuan Putrajaya Malaysia.
+603 8888 6080 / +603 8000 8902 / +603 8000 8925
www.tep.my

TERIMA KASIH kepada :
- Travelogue Escape 2.0 Putrajaya
- Santai Travel
- Perbadanan Putrajaya
- Taman Ekuestrian Putrajaya
dan SEMUA yang TERLIBAT.

#discoverputrajaya
#putrajayadekatje
#santaitravel

Sekian dari AYIE.

Comments

Popular posts from this blog

EKPLORASI TASIK KENYIR : Bersama UMT & MEDIA SOSIAL - 24 JAM Pertama.

BATAM - EPISOD 2 : NAIK RORO KE PULAU BINTAN..

KG JKIN RESORT : APA CITER ATV TERMURAH & HIKING KE KAWASAN MAHLUK HALUS ??!!