WAJIB CUBA! PENGALAMAN PENUH ADRENALIN DI GUA BATU MALOI NEGERI SEMBILAN.

Assalammualaikum & Salam Manis...

GUA BATU MALOI - Berjalan di dalam gua, merangkak melalui ruang-ruang batu dan menyeberangi aliran sungai bawah tanah! 


Ya Allah Ya Tuhanku! Aku yang spesies duduk rumah golek-golek dalam bilik layan sosial media akhirnya pergi juga masuk dalam Gua Batu Maloi.

Iya, Gua Batu Maloi - Ia bukanlah gua batu kapur biasa, tetapi gua granit yang terbentuk secara semulajadi mempunyai panjang 2.3 kilometer dan dilengkapi dengan 24 checkpoint menarik. Nama lengkapnya Taman Eko Rimba Batu Maloi, terletak di dalam Hutan Simpan Tampin. Berhampiran dengan kampung Tangai Johol, gua ini berada di kedudukan strategik di tengah-tengah dua lembah penghujung banjaran Titiwangsa di antara Gunung Datuk dan Gunung Tampin. Timbunan bongkah-bongkah batu granit gergasi yang jatuh dan tersusun di antara dua puncak gunung (Gunung Datok dan Gunung Tampin) sejak zaman ais dahulu. Ruang-ruang kosong dan celah-celah di antara batu-batu besar inilah yang membentuk laluan gua. Destinasi menakjubkan dan sangat sesuai untuk penggemar aktiviti lasak dan pengembaraan. 

Biasa, mula-mula langkah memang senang, kau jalan je redah sungai cetek, sebelum sampai ke pintu gua. Masa ni semangat ambil gambar ambil video. Tak susah pun. Tapi bila sampai check point (CP) pertama, masih kacang botak. No problem.





Di dalam gua ini, terdapat aliran sungai yang mengalir di sepanjang dasarnya, menjadikannya satu pengalaman caving yang melibatkan air. 



Maka ​pengalaman pengembaraan yang ekstrem pun bermula. ​Aktiviti utama di sini ialah penerokaan gua (caving), dan ia sangat mencabar! Laluan di dalam gua ini memerlukan kita melakukan pelbagai manuver, termasuk merangkak, meniarap, memanjat, meluncur, berenang dan menyelam. Ayie ni geng tak suka susahkan diri ni terpengaruh dengan rakan tak sebaya untuk masuk gua ni. Sekali seumur hidup katanya. 




Pos pemeriksaan kedua ketiga dan seterusnya dia dah mula tunjuk cabarannya. Merangkak, meniarap, dan menyelit melalui celah-celah batu yang sempit dan rendah. Ada perlu memanjat bongkah-bongkah batu licin dan kadang-kadang terpaksa meluncur menuruni cerun batu. Kerana aliran sungai di dalamnya, kita akan terpaksa meredah, berendam, dan mungkin juga menyelam di beberapa bahagian air yang dalam (walaupun arusnya boleh deras). Bab ni ada takut dalam hati sebab tiba-tiba terpikir tengah-tengah menyelam tu tak cukup napas ke, tak jumpa jalan keluar ke, rupa-rupanya hanya mainan jiwa je.. Tak jauh pun selam nya.. Cukup tarik napas panjang dan bluppp sampai tujuan. 




Sampai check point yang keberapa Ayie tak ingat, setelah menyelit-nyelitkan badan celah batu nak sampai CP tu, guide kami suruh senyap dan matikan lampu kepala. Bila dah sunyi dan gelap gelita, tiba-tiba guide suruh buka lampu dan....

Dengan mata kepala aku sendiri aku tengok kelawar terbang sana sini. Mana tak nya, kami sampai di CP iaitu Gua Kelawar yang juga antara habitat kelawar dalam tu. Banyak gila kelawar. Terus aku teringat cerita Badman. Kan ada banyak kelawar dalam cita tu. Kelawar kan habitat dia gelap dan sunyi, bila tiba-tiba terang dan bising, maka bertebaran la dorang terbang. Maka, itu lah satu ketika yang seronok bila masuk Gua Batu Maloi.

Moment ni boleh pulak aku lupa rakam dek kusyuk diam tunggu apa jadi.. Guide asyik sysyssyyy suruh diam dalam gelap. Kami akur, dan bummm.. Aku hanya mampu menghayati sendiri peristiwa kelawar ni.. So, kalau korang nak tengok, pergilah dan rasain sendiri loh..


Lanjut dengan kau meredah dan meredah, membongkok, merangkak, menyelit dan apa lagi la yang perlu ko buat untuk lolos ke CP yang seterusnya. Sampai di CP yang ada corak pada batu gua seakan lelaki dan perempuan. Begini ceritanya, menurut cerita penduduk setempat, Gua Batu Maloi ini merupakan perkampungan orang bunian. Jeng jeng jeng... Dikatakan terdapat seorang lelaki asli bernama Maloi yang berkahwin dengan seorang gadis bunian dan tinggal di dalam gua tersebut. Nama 'Maloi' diambil sempena nama lelaki orang asli tersebut. Terdapat sebuah batu besar berhampiran gua yang dikenali sebagai Batu Maloi oleh penduduk kampung hingga ke hari ini. Ooooo... Begitulah ceritanya. 



Dengan 24 pos pemeriksaan, menunjukkan betapa panjang dan berliku-likunya laluan di dalam gua, seperti melalui sebuah labirin.


Tapi seribu kali sayang, Ayie dan kawan-kawan yang lain terpaksa berhenti di pertengahan pengembaraan kami untuk ke program seterusnya kerana mereka yang masuk ke gua kali ini adalah pengamal media yang dalam rangka mempromosikan Tahun Melawat Negeri Sembilan 2026 akan datang di mana setiap CP memerlukan masa yang lama untuk merakam setiap aktiviti dan mana maunya nak habiskan semua 24 CP. Tapi takpe, ini pun dah cukup menyeronokkan. Tahniah untuk diri sendiri! Hehehe

​Pengembaraan ini lazimnya mengambil masa 3 hingga 4 jam dan memerlukan mental serta fizikal yang kuat. Kerap berehat atau berhenti, lambat la habisnya. 

​Cahaya di dalam Gua: Terdapat beberapa tempat di mana cahaya matahari dapat menembusi celah-celah bongkah batu dari atas, menghasilkan "sinar cahaya" yang dramatik dan indah di dalam kegelapan gua.

Ini tips penting untuk Penerokaan Gua Batu Maloi:

Jurupandu Wajib: Penerokaan gua WAJIB menggunakan perkhidmatan jurupandu berlesen. Anda tidak dibenarkan untuk walk-in dan masuk sendiri. Guide kami yang biasa dipanggil 'Mommy' dan rakan-rakan guide Mommy yang lain sangat baik, mesra dan professional. Rasa selamat dengan panduan mereka. 

Lampu Kepala (Headlamp) Wajib: Gua ini sangat gelap. Anda perlu membawa lampu kepala sendiri (atau menyewa) kerana tangan anda perlu bebas untuk memanjat dan merangkak.


Pakaian yang Sesuai: Digalakkan memakai baju lengan panjang dan seluar panjang yang fleksibel dan tahan lasak, serta kasut getah atau kasut sukan bergrip yang boleh basah, untuk mengelakkan kecederaan akibat bergesel dengan batu dan tergelincir.

Bagi yang ingin menghabiskan masa lebih lama, Taman Eko Rimba Batu Maloi menyediakan kawasan perkhemahan agar pengunjung merasai pengalaman bermalam di tengah-tengah kedamaian hutan simpan ini. Pelbagai kemudahan awam tersedia untuk keselesaan pengunjung termasuk tandas, surau, dewan makan dan dewan serbaguna. 


Secara keseluruhannya, Gua Batu Maloi adalah destinasi yang sempurna jika anda mencari aktiviti caving yang ekstrem dan ingin merasai pengalaman unik di dalam struktur gua granit, jauh berbeza daripada gua-gua batu kapur yang lain!

Taman Eko Rimba Batu Maloi. 

Tampin, Negeri Sembilan. 

Hubungi :

Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan 

06- 7602496

RNR Adventures : 

Pn Rashihah - 010 - 2568685

Copek la poei sini.. Syok tau! 


Sukacita, 

AYIE. 


Comments

Popular posts from this blog

HOTEL PREMIERA KL SEMARAKKAN HARI KEMERDEKAAN KE 68 DENGAN MERDEKA WARISAN HI-TEA!

FELDA LANCARKAN GULA FELDA EDISI KHAS 500G DI KARNIVAL MEGA 3 DIMENSI 2025!

Samsung Galaxy Z Fold7 & Flip7 Kini di Malaysia: Inilah Apa yang Anda Perlu Tahu