DORAEMON & RAKAN-RAKANNYA DI GATEWAY@KLIA2




Peminat Doraemon boleh menyaksikan 30 patung figura mega Doraemon pada saiz manusia, serta boleh membeli pelbagai jenis cenderahati termasuklah cenderahati edisi terhad di POP -UP STORE di GATEWAY@ KLIA2.



Doraemon , karekter manga jepun yang sangat terkenal di seluruh dunia dan mempunyai begitu ramai peminat dari pelbagai lapisan umur kini membuat kemunculan sulung di pusat membeli-belah dalam lapangan terbang terbesar di Sepang iaitu Gateway@klia2. 



Doraemon Pop-up Store ini akan dibuka di lapangan terbang bertaraf dunia itu dari 7 Mac hingga 28 April 2019. Masuk adalah percuma dan ia dibuka untuk pengunjung umum dan untuk menyatukan peminat Doraemon serta memberikan suasana keajaiban dan kegembiraan di kalangan pengunjung.


Pusat membeli - belah Gateway@KLIA2 di pilih kerana ia adalah kompleks berpengunjung ramai , menyambut lebih daripada 25 juta pengunjung di terminal penerbangan kos rendah terbesar di dunia.
Pop-up Store mega ini adalah yang pertama diadakan di lapangan terbang dan dijangka mampu mendorong sektor pelancongan Malaysia dengan menarik minat pelangcong khususnya peminat Doraemon yang mendarat di KLIA2.





Mudah diakses melalui pelbagai jenis pengangkutan awam seperti bas, teksi , keretapi dan kereta sewa , pengunjung yang bukan sahaja terdiri daripada pelancong dari seluruh dunia, tetapi juga peminat Doraemon dan pembeli dari kawasan sekitar seperti Putrajaya, Cyberjaya, Nilai, Bangi dan Sepang boleh datang ke Doraemon Pop-up Store di Gateway@klia2. Seluas 350,000 kaki persegi, Gateway@klia2 adalah pusat membeli-belah setinggi 8 tingkat, mempunyai 5600 ruang parkir bertingkat dan berkonsepkan ' shopping mall ' di dalam ' airport '.


Oleh itu, jangan lupa berkunjung ke Gateway@klia2 dan mengalami sendiri keajaiban watak biru bernama Doraemon , mengambil gambar unik bersama 30 patung figura Doraemon dan membeli-belah di Doraemon Pop-up Store .


Terima kasih kepada Animation International (M) Sdn Bhd dan WTC Malls Management Sdn Bhd yang berusaha memberikan keseronokan dengan membawakan Doraemon bersama Rakan-rakannya ke Gateaway@klia2 untuk pengunjung dari Malaysia dan dari seluruh dunia.

Untuk maklumat lanjut tenang acara ini , sila layari laman Facebook rasmi Doraemon Malaysia di :

https://www.facebook.com/DoraemonMy/

#DoraemonMY
#DoraemonMalaysia
#DoraemonPopupStoreGatewayklia2
#Gatewayklia2

FB : https://www.facebook.com/rahimah.zainal.18

IG : https://www.instagram.com/rahimah.zainal

Comments

Popular posts from this blog

EKPLORASI TASIK KENYIR : Bersama UMT & MEDIA SOSIAL - 24 JAM Pertama.

BATAM - EPISOD 2 : NAIK RORO KE PULAU BINTAN..

KG JKIN RESORT : APA CITER ATV TERMURAH & HIKING KE KAWASAN MAHLUK HALUS ??!!