EKPLORASI TASIK KENYIR : Bersama UMT & MEDIA SOSIAL - 24 JAM Terakhir.

         
GAMBAR CANTIK INI OLEH  @AMAZING TERENGGANU
Assalammualaikum & Salam Manis....

20 Febuari 2020.

-  Jam-jam terakhir di Tasik Kenyir...

AIR TERJIN SAOK

Adalah destinasi terakhir kami sebelum kembali ke Pengkalan Gawi sekaligus keluar dari Tasik Kenyir yang indah ini. Sepatutnya kami ada satu lagi tempat yang dah rancang nak lawat dalam Tasik Kenyir ni iaitu Santuari Kelah tetapi takde rezeki kali ini kerana tempat itu ditutup untuk kerja-kerja penyelenggaraan dan akan di buka kembali dalam bulan April nanti. Sedikit kecewa kerana dari viral sana sini, Santuari Kelah Tasik Kenyir memang popular dan tempat mesti pergi di Tasik Kenyir ini. Tapi takpe,itu maksudnya Ayie mesti kena masuk lagi ke Tasik Kenyir ini.



Sedia berkumpul untuk ke Air Terjun Saok, kami akan naik speedboat untuk ke sana. Air Terjun Saok adalah salah satu air terjun yang popular dan lanskapnya yang bertingkat-tingkat menambahkan lagi ghairah nak mandi air terjun.


Sampai je kawasan air terjun,dah namanya pengamal media sosial, ambil gambar dan video itu aktiviti wajib. Kecantikan dan kelestarian alam semula jadi Air Terjun Saok memberikan banyak 'angel-angel' menakjubkan untuk sang photografer. Kerana Ayie bukan pandai sangat tangkap gambar, cukuplah klik sana klik sini.. yang penting ada ambil gambar... hehhehe


Yang lebih teruja dan tak sabar nak buat ialah nak mandi air terjun. Masih tak puas mandi air terjun semalam. Kejernihan Air Terjun Saok memang melambai-lambai memanggil Ayie and the geng untuk mandi. Mak oiiiiii,,, sejuk nya air tak boleh bincang..tapi momentum nak mandi tetap tinggi. Kerana bertingkat-tingkatnya air terjun ni, menjadikan Air Terjun Saok adalah air terjun yang paling best di dalam Tasik Kenyir ni.. Ayie tak pasti tingkat berapa yang kami mandi, yang pasti, air terjun yang menderu dan kesejukan air mutlak ini telah membuatkan kami berendam lebih lama dari yang sepatutnya, Bayangkan la.. mandi air terjun yang jernih lagi dingin dengan suasana alam sekitar yang hijau tanpa pencemaran, boleh hilang sekejap tekanan-tekanan hidup dan problema dunia.





Lama mandi dan chit-chat dalam air terjun akhirnya panggilan pulang pun tiba, berat rasa nak kuar dari dalam air yang jernih lagi sejuk tu walaupun jari-jari dah kejut dan badan menggigil sejuk.

Kembali ke rumah bot untuk siap-siap dan kemas-kemas barang untuk keluar dari Tasik Kenyir. Pesona Boat bergerak kembali ke Pengkalan Gawi...

Beberapa minit sebelum sampai jeti, waktu ini lah warga UMT dan tetamunya bertukar-tukar 'contact', bisnes card dan akaun IG masing-masing untuk perhubungan lebih lanjut.. kau folow aku.. aku follow kau.. semakin menghampiri jeti, signal jalur lebar laju meng-online kan penggunanya.. seketika ramai yang tunduk kepala lihat objek yang namanya smartphone...termasuk Ayie.. hehhehhhe...





- 1 Jam terakhir..

Akhirnya tiba lah saat untuk ucap selamat tinggal sayonara goodbye. Salam-salam, peluk-peluk pun berlaku. Rasa tak puas hidup selama 3 hari dalam Tasik Kenyir dengan suasana alam yang mendamaikan, tenang, segar,makanan yang sedap-sedap belaka dan orang-orang yang baik. Pengalaman bersatu dengan alam Tasik Kenyir di bumi Malaysia tercinta ini memang memberikan keseronokkan tahap dewa. Sapa yang belum pernah, silalah berbuat demikian, best gilerr gua cakap lu...



                           



Sementara menunggu bas UMT datang, Ayie dan kawan-kawan yang lain sempat shopping coklat dan cenderahati kerana di Jeti Pengkalan Gawi ni adalah duty free zone.  



TERIMA KASIH - UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU ( UMT ) yang menjadikan trip kali ini Ada kami-kami ini di dalamnya. Pengurusan yang bagus dan semoga Pusat Penyelidikan UMT di Tasik Kenyir ini semakin berjaya dan menberikan manfaat untuk semua. Syabas UMT.

                         

Maka berakhir lah hampir 72 jam masa Ayie di Tasik Kenyir, Terengganu Darul Iman.. Pengalaman menyeronokkan dan mendamaikan ini harus berulang kembali di lain waktu..

TERIMA KASIH UMT!!!

UMTSohor
#iLoveUMT
#GenerasikuUMT

@officialUMT

website : www.umt.edu.my
FB : @OfficialUMT
IG : @OfficialUMT
Ytube : OfficialUMT
Twitter : @UMT_Official

Sukacita,

AYIE.










Comments

  1. enjoy baca cerita sis kat tasik kenyir. jealous sya baca. tq for sharing. .

    ReplyDelete
  2. Alangkah seronoknya klu saya bersama anda :))

    ReplyDelete
  3. Best nya mandi air terjun... Tak tau pulak tasik kenyir ade duty free zone

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

EKPLORASI TASIK KENYIR : Bersama UMT & MEDIA SOSIAL - 24 JAM Pertama.

BATAM - EPISOD 2 : NAIK RORO KE PULAU BINTAN..

KG JKIN RESORT : APA CITER ATV TERMURAH & HIKING KE KAWASAN MAHLUK HALUS ??!!