Assalammualaikum
& Salam Manis…
Akhirnya merasa jugak la ayie naik ATV. Ya! Pengalaman pertama kali naik
ATV di KG JKIN RESORT beberapa minggu yang lepas memang seronok. Kalau sebelum
ni asyik dengar dan tengok je orang lain main ATV, kali ini ayie rase sendiri
naik benda alah ni… gembira, takut, excited, seram dan redho je lah menguasai diri
ini waktu enjin starto.... ” ok, akak rileks je, press minyak pelan-pelan, kawal
handle je…main brek, kaki jangan lepas dari tempatnya.. ATV ni takkan terbalik
nya..follow je saya…” begitu la
confidentnya adik yang jadi instructor kami-kami yang baru nak cuba try test
main ATV ni. Orait, press minyak pelan-pelan, maka bergerak la ATV yang ayie
naik. So far so good. Hati dah berbunga-bunga menghayati indahnya permandangan.
 |
JOM NAIK ATV DI KG JKIN RESORT |
 |
MUKA SERONOK, TAKUT, EXCITED SEMUA ADA.... |
Tapi bila sampai tang turun bukit yang licin dan selekoh tajam yang sebelahnya
hutan belukar, seram nya lah rase mcm kalau aku turun ni mau terbalik ni..
rupanya itu hanya mainan perasaan je.. dengan sedikit keberanian dan skil
control handle dan main brek yang dah diajar sebelum ni, pelan-pelan beserta
bacaan bismillah yang berulang-ulang kali akhirnya halangan-halangan biasa tu
dapat di atasi dengan selamat dan jayanya..biasa lah tu kalau sesekali tersasar sana-sini tetapi tetap dalam kawalan.. Alhamdulillah…so, bila dah dapat
rentak, naik ATV ni memang seronok gilerr lebih-lebih lagi bila menyusuri trek
yang kiri-kanannya hutan hijau yang mendamaikan dan boleh lah up kan sikit
kelajuannya. Kesian orang belakang yang follow me bergerak macam kura-kura
sebelum ni.. sorry..maklumlah first time la katakan..
-ATV SEMURAH RM10!
Oh !!! lupa nak bagi tau, harga naik ATV di KG JKIN ni
rasenya yang paling murah sekali. Dengan rm10 (bergantung pada jarak) kita dah
boleh merasa naik ATV ni. Yang Ayie naik ni berharga rm30 je.. cukup lah nak
merasa untuk permulaan. Tapi kerana dah kena penangan bestnya naik ATV ni pastinya
Ayie akan datang lagi ke sini dan nak ambil trip yang lebih panjang dan
berliku. Hehehehe.. baru lah lebih extreme.
 |
CIKGU TENGAH TUNJUK AJAR MACAM MANA NAK MAIN ATV.. |
Begitulah antara rasa kegembiraan yang ayie dan
geng-geng media Propa Rangers alami waktu kami berkunjung ke ATV KG JKIN
EXTREME PARK atau KG JKIN RESORT. Sekitar 1 jam perjalanan dari Kuala Lumpur,
KG JKIN RESORT yang terletak di Jalan Lama Bukit Putus Negeri Sembilan ini mudah di access
dengan menggunakan Waze atau Google Map. Dokek jo !!!
 |
WAJIB FOLLOW SOP! |
 |
PINTU MASUK KG JKIN RESORT .. |
-PELBAGAI PELANCONGAN EXTREME!
Bukan hanya sukan extreme ATV sahaja yang Ayie enjoy di
KG JKIN ni, banyak lagi cabaran –cabaran best lainnya seperti Flying Fox,
Monkey Zip-line dan Hiking di Bukit Putus antara aktiviti-aktiviti yang sempat
Ayie cabar diri ini setelah sekian lama terperuk kat rumah angkara covid-19. Selain
itu ada juga Mountain Bike, Bermain Aktiviti Air dan Buaian Extreme yang
menunggu masa je untuk anda try test tengok… Ayie punyalah semangat nak naik
Buaian Extreme yang popular di KG JKIN ni, tapi,,,, hampa hatiku…ada syarat
rupanya.. TIDAK LEBIH 70KG !!! dan OMG!!!!! Berat aku dah lebih 70 kg ??? what
the x@#$%><,, maka maafkan aku sayangku bukan maksudku meninggalkan mu,
melupakanmu Buaian Extreme oii.. jujur memang aku makan terlebih musim PKP hari
tu dan untuk keselamatan terpaksa la Ayie skip naik buaian tu..huhuhu (dalam
ramai-ramai ahli Propa Rangers tu, hanya beberapa kerat je yang lepas naik
buaian tu.. amboiii.. makin berat geng-geng propa lepas PKP ni ye… ada juga
yang kurang keberanian nak berayun tinggi-tinggi mcm tu..gayat oiiii..
hahhahhahahha )
 |
FLYING FOX |
 |
LOKASI UNTUK MONKEY ZIPLINE & AKTIVITI AIR.. |
 |
TAK DAPAT MAIN BUAIAN EXTREME, MAIN BUAIAN NI PUN JADI LAH... |
 |
BUAIAN EXTREME... |
-HIKING HUTAN DARA BUKIT PUTUS!
Seperti yang kita
tahu, selain manusia , haiwan dan tumbuhan, mahluk halus yang tidak boleh
dilihat dengan mata kasar juga merupakan entiti yang mendiami sesebuah hutan
lebih-lebih lagi hutan dara Bukit Putus ini. Oleh itu, sepanjang kami hiking tuan
Jefri menerangkan perihal “mereka-mereka” ini dan perkara yang boleh buat dan
dilarang buat ketika di dalam hutan. Beliau juga menunjukkan beberapa kawasan
di dalam hutan tersebut yang berkemungkinan besar menjadi “perkampungan mahluk
halus”. Tak tau nak tulis macam mana, lukis pun tak reti maka lebih baik korang
sendiri pergi tengok dan feel sendiri Hiking Bukit Putus ni. Best ooo… Hanya di
KG JKIN RESORT.
 |
POKOK NI BUAHNYA BOLEH MAKAN.. |
 |
DENGAN MATA KASAR KITA, TEMPAT NI NAMPAK BIASA JE, TAPI ADE SESUATU SEBENARNYA... |

-SPOT-SPOT CANTIK MENARIK UNTUK BERGAMBAR!
Ehhh… asyik dengan yang lasak-lasak je sampai lupa
yang melodrama lagi instafamous di KG JKIN RESORT ni. Bagaikan sayur tanpa
garam, aktiviti di KG JKIN tak sempurna tanpa kau bergambar sana sini. Mengikuti
trend terkini pengunjung yang suka foto dan selfi lebih-lebih lagi
berlatarbelakangkan hijau nya bumi tuhan seperti yang selalu kita tengok di
Indonesia, KG JKIN menggunakan sebaiknya kehijauan dan keindahan alam Bukit
Putus dengan menyediakan beberapa spot-spot bergambar untuk di jadikan
kenangan. Oleh yang demikian, sewaktu berkunjung ke KG JKIN RESORT pastikan
anda klik-klik di spot-spot menarik ni tau.
-PILIHAN PENGINAPAN!
Trip ke KG JKIN RESORT kali ini kami geng-geng media
PROPA RANGERS bermalam satu malam di sini. Penginapan berkonsepkan "rumah hutan" menjadi pilihan pengusahanya sesuai dengan lanskap muka bumi Bukit Putus. Ada RUMAH GAHARU, RUMAH CENDANA, RUMAH POKOK, RUMAH BULUH dan RUMAH HOBBIT pun ada. Pilih la nak tidur di mana. Ayie tidur di RUMAH BULUH malam tu. Tak nak tidur di Rumah, boleh tidur di Campsite. Banyak pilihan tempat tidur dengan harga serendah RM30 sehingga RM100 semalam. Esok pagi ko bangun, mandi air bukit yang sejuk gilerr bikin gigil satu badan. Syok oooo... Kawasan penginapan dalam KG JKIN ni agak jauh ke dalam dari kaunter pendaftaran dan pakir. Maka dengan itu, kita akan naik kenderaan 4x4 yang disediakan untuk ke area penginapan kita. Terasa macam PATI nak pergi rumah kongsi je rasenya hehhehehee...naik 4x4 lebih kurang 5 minit melalui jalan takde tar. Ini baru betul-betul rase extreme di KG JKIN ni. Lagi ektreme kalau kau sanggup jalan kaki dari kaunter pendaftaran ke bilik tidur kau!! pasti nyenyak tidur malam nanti hahhaahaaha.. walaupun kawasan penginapan berada dalam hutan, semua kemudahan asas lengkap untuk semua pengunjung seperti surau, dewan terbuka, tandas, kawasan bbq dan lain-lain lagi siap ada Petting Zoo sebagai penghuni tambahan. Tidur di hutan dara Bukit Putus Ayie malam tu zzzzzzzzzz..


-TEMPAT MAKAN!
Bila kita dah penat lelah berkeringat masam dengan semua aktiviti, pasti perut ni mudah lapar dan di sini lah DAPUR POMPUAN CHANTIK memainkan peranan. Satu-satunya tempat makan dalam KG JKIN RESORT, semua makanan yang dimasak segar boleh kita order di restoran ni. Beberapa menu tempatan asal nogori jangan lupa try kat DAPUR POMPUAN CHANTIK ni. Di sini lah jugak tempat briefing, breakfast, lunch, minum petang, makan malam, makan tengah malam dan sesi karaoke serta port lepak-lepak yang sangat mendamaikan lebih-lebih lagi bila ada angin bayu sepoi-sepoi bertiup. fuhhh nikmatnya...
 |
TUAN PUNYA RESORT : TUAN JEFRI RAMLI. |
 |
ANTARA KREW2 KG JKIN RESORT YANG MESRA DAN BAIK HATI... |
-PAKEJ ISLAMIK!
Terbaru, KG JKIN RESORT menawarkan pakej kerohanian dan islamik untuk mereka yang mahu lebih mendekatkan diri dengan Maha ESA dalam suasana damai, tenang, segar dan kehijauan Bukit Putus. Berada dalam lingkungan hutan yang jauh dari kebisingan bandar. Satu pengalaman yang unik pastinya dapat beribadat kepada ALLAH SWT dalam hutan ciptaanNYA. Hubungi KG JKIN RESORT untuk keterangan lanjut ya....
Begitulah pengalaman Ayie dan kawan-kawan yang lain di KG JKIN RESORT dan buat kamu yang ingin menikmati suasana hutan dengan cara yang berbeza dengan kos yang rendah, hadirkan diri di KG JKIN RESORT dan rasainya lah sendiri. Pelancongan extreme KG JKIN RESORT membuka sebesar-besarnya pintu mereka untuk anda semua untuk kekal aktif dan berekriasi di wilayahnya . Lebih bagus sekiranya anda booking awal untuk semua aktiviti yang anda mahu kerana setiap hujung minggu KG JIKIN RESORT penuh dengan peminat sukan lasak ini yang datang dari daerah terdekat dan jauh samada untuk daytrip atau menginap.
Berhubung dengan KG JKIN RESORT untuk sebarang tempahan dan maklumat lanjut di :-
TEL @ Wasap : 011 - 2089 3883 / 017 - 883 3674
Terima kasih kepada KG JKIN RESORT, TEAM PROPA RANGERS,
LF PRODUCTION, ZB GROUP, THE SIBLINGS BOUQUET dan semua yang terlibat…
Sukacita,
Ayie.
bestnya kg jkin... nak pergi la nanti..
ReplyDeleteWaaahhh.. Tgk pon dah best.. Tunggu anak besar sikit lah, nnt boleh dtg sini..
ReplyDeletebestnya naik atv, i tak pernah seumur hidup naik lagi this atv and mmg teringin sngt.. dan dah follow ig this resort sbb cantik sngt tempat ni, terlalu nature and hijau.. and i really need it.. dah bosan actually dgn pantai hehehe .. thank you sharing
ReplyDeleteBestkan pergi Kg Jkin nie...main Atv pun murah dari tempat lain..tempat spot bergambar pun ada tapi kena ada penambahbaikan..buat lagi cantik barulah seronok bergambar
ReplyDeleteGeram tengok lokasi untuk OOTD tu. Semuanya berasaskan alam semulajadi. Rugi kalau sampai sana tak amik gambarkan. Seriously nampak enjoy !!
ReplyDeleteAlamak...punah le harapan nak naik buai tu sebab berat Sis ko pun lebih dari 70kg hahahaha ..
ReplyDeleteNak gak flying fox tu...tapi takut pengsan aje hahahaha
Wow memang best lar kalau boleh ride ATV tu. Buaian extreme tu pun best kan. :D
ReplyDeleteBanyak hotspot menarik dkt Kampung Jkin ni. Baru je singgah dh puas main atv dgn flying fox. Harga murah pulak tu. Tapi kecewa buaian tak lepas haha
ReplyDeleteTak pernah naik ATV jugak. Murah jugak la kalau RM10 je. Banyak jugak aktiviti lasak kat sini. Kalau bagpackers ramai-ramai dengan kengkawan ni best ni. Teringin pulak nak pergi. Tapi ada anak kecik susah la nak pergi.
ReplyDeleteReally kah? Kat situ ada mahluk halus tu... kalau betul sis takut lah.
ReplyDeleteFuhhh mcm best je apatah lagi waktu buaian tu
ReplyDeleteBest nyeee tengok ayie pergi sini. Nak plan pi sini jugak lah. Thanks sharing
ReplyDelete