BOB ROCK LOVELILY : BUTIK SAIZ BESAR UNTUK TAMPIL BERGAYA DAN SELESA

 Assalammualaikum & Salam Mesra....

Kali ini Ayie nak cerita tentang satu butik yang Ayie pergi baru-baru ini. Butik yang menjual pakaian saiz besar untuk mereka yang saiz plus+++. Mari baca karangan Ayie ni tentang butik istimewa ni.

- BOB ROCK LOVELILY.

Selamat datang ke BOB ROCK LOVELILY . Butik pakaian yang menawarkan pakaian Saiz Besar. Ya !! pakaian di butik ini memfokuskan pakaian kepada mereka yang bersaiz besar bermula dari XL hingga ke 6 XL.

Haiiiii... abang-abang & kakak-kakak yang berangka besar atau bertubuh montel-montel comel di luar sana tu, jom singgah di butik BOB ROCK LOVELILY kerana di sini banyak pilihan pakaian harian dan formal untuk digayakan. Lebih kurang 70% pakaian lelaki dan 30% pakaian wanita saiz besar di jual di BOB ROCK LOVELILY.

BOB ROCK LOVELILY mengkhususkan pakaian saiz besar ini mengikut potongan badan orang Asia kerana kebanyakkan orang Malaysia bila tinggi, besar kita tak tinggi macam saiz orang Eropah dan Amerika. Macam orang Malaysia, kita besar tetapi ketinggian masih lagi macam orang Asia. Sebab tu lah dulu-dulu bila mereka yang saiz besar ni nak beli baju yang sesuai dengan badan mereka agak payah dan kalau ada pun pakaian tersebut mengikut saiz dan cutting barat. Memahami situasi begitu, maka terciptalah idea dari BOB ROCK LOVELILY untuk mewujudkan kedai pakaian saiz besar yang mengikut potongan orang Asia.

TERIMA KASIH ADIK, SUDI JADI MODEL. SEGAK NYA LA DIA..

Kemeja, Seluar Slack Kerja yang stretchable, Seluar Jeans, Baju Melayu, Kurta dan juga pakaian harian Saiz Besar lainnya serta pakaian wanita berfesyen tersusun cantik di dalam butik BOB ROCK LOVELILY. Setia menanti kunjungan anda semua.
- FABRIK KAIN KAPAS

Kebiasaanya mereka yang bersaiz besar kerap dan senang berpeluh lebih-lebih lagi dengan keadaan cuaca panas negara kita ini. Habis basah lencun..! dengan itu, pemilihan fabrik amat penting dan sentiasa menjadi keutamaan di BOB ROCK LOVELIY. Kerana itu lah mereka memilih dan mencari sendiri kain yang ingin digunakan.

Fabrik berasaskan Kain Kapas dipilih. Ini kerana kebolehan fabrik itu yang lebih memberi ruang pernafasan kepada kulit bila berpeluh dan ia akan menyerap cecair peluh dan mudah kering.

- BAJU MELAYU DAN KURTA DESIGN TERKINI SEMPENA HARI RAYA !!!!

Tup tap tup tap.... sebulan lebih kejap lagi kita nak raya. Tak lengkap raya dan hambar suasana tanpa encik abang berbayu Melayu nak-nak di pagi Aidilfitri. Di sini lah BOB ROCK LOVELILY memainkan peranan sebagai penjual Baju Melayu Saiz Besar untuk memancarkan lagi aura kemeriahan dan  kenikmatan hari raya semua insan bergembira.


 

BOB ROCK LOVELILY telah bersedia menyediakan pelbagai design terbaru, warna-warna menarik Baju Melayu dan Kurta Saiz Besar " Ready Made " untuk si pemakainya. Ukuran dada dari 60" hingga 70" iaitu saiz XL hingga 6XL. Banyak permintaan dari pelanggan yang bertanyakan Baju Melayu Saiz Besar ini sebab nak tempah Baju Melayu Saiz Besar kan mahal. Oleh itu, butik ini memenuhi permintaan pelanggannya dan baju klasik ini dijual dengan harga yang berpatutan. Bos memahami katanya...hehehehe...Kurta Printed dan Kurta Plain yang terbaru pun ada jugak tau, khas untuk bulan Ramadhan dan Syawal yang bakal tiba.








- SELUAR STRETCHABLE.

Satu lagi yang paling penting ialah seluar. Baju dah segak dan mantap mestilah seluar pun nak bagus dan selesa. Untuk seluar, boleh dikatakan hampir semuanya di butik ini adalah mudah meregang yang sangat sesuai untuk orang saiz besar. Amat selesa untuk mereka gayakan seluar stretchable dari BOB ROCK LOVELILY.




Cukup la karangan Ayie untuk ni, lebih baik jalan sendiri ke butik BOB ROCK LOVELILY dan sentuh dah tengok la sendiri pakaian-pakaian yang ada. Boleh fitting tengok mana yang cun di badan dan cantik di mata. Ayie dah pergi, korang bila lagi..? Tak sempat nak pergi butik atau tak boleh rentas negeri ? takpe, online pun boleh.. tengok alamat dan link kat bawah...

BOB ROCK LOVELILY,

Lot F - 15 Aras 1, PLAZA SHAH ALAM,

Seksyen 9, Shah Alam, Selangor.

Waze / Google : BOB ROCK LOVELILY

TEL : 03 - 55133588

WHATSUP Admin : 011 - 10091301

Waktu Operasi  :  10 pagi  hingga  10 malam


ONLINE :

Web  :  https://www.bobrocklovelily.com.my/

Shopee  : https://shopee.com.my/bobrockofficial

IG  (  bobrocklovelily )  : https://www.instagram.com/bobrocklovelily/

FB  ( Bob Rock Apparel )  : https://www.facebook.com/bobrocklovelily.my



Korang kena tengok video-video ni baru boleh dapat gambaran dengan lebih jelas tentang pakaian-pakaian di BOB ROCK LOVELILY ini... 

- Video Branding BRLL  : https://youtu.be/nENMnTgKAV8

- Video Seluar Stretchable  : https://youtu.be/s2jasGgXqqk

- Video Teaser Baju Melayu  : https://youtu.be/yFH9Xya_WzY

- Video Couple Edition  : https://youtu.be/lO9CiQJgD6Y

- Video Oxford Office  : https://youtu.be/ui-yThuwSi8


Ok lah, bro & sis, Selamat membeli-belah pakaian anda di BOB ROCK LOVELILY....



Sukacita, 

AYIE. 


Comments

Popular posts from this blog

EKPLORASI TASIK KENYIR : Bersama UMT & MEDIA SOSIAL - 24 JAM Pertama.

BATAM - EPISOD 2 : NAIK RORO KE PULAU BINTAN..

KG JKIN RESORT : APA CITER ATV TERMURAH & HIKING KE KAWASAN MAHLUK HALUS ??!!