MENARA ALOR SETAR : PENCAKAR LANGIT POPULAR DI ALOR SETAR KEDAH !

Assalammualaikum & Salam Manis....

Dah lama Ayie rancang nak pergi ke tempat ni dan akhirnya sampai jugak ke Menara Alor Setar. Pergi dengan rombongan ala-ala cik Kiah lagi. Ya! Ayie dan kawan-kawan lain merentas negeri ke Kedah Darul Aman. Kalau dulu hanya tengok di internet je, tapi Alhamdulillah kali ini dah sampai ke Menara Alor Setar. Maka yang demikian, jom tengok kenangan manis Ayie di sana.

MENARA ALOR SETAR

- Menara pencakar langit di Alor Setar, Kedah dan tarikan pelancong popular di wilayah utara.

- Dengan ketinggian 165.5 meter, Menara Alor Setar adalah menara telekomunikasi KEDUA tertinggi di Malaysia dan sama pengurusan dengan Manara Kuala Lumpur. Kira adik-beradik la ni....

- Design Menara Alor Setar ini kalau diperhatikan betul-betul, ia mewakili "Serumpun Padi" simbolik dengan Negeri Kedah yang diberi julukan negeri "jelapang padi".  

OBSERVATION DECK & STAR VIEW !!

Selesai dengan urusan tiket, masuklah Ayie dan lain-lain naik ke Observation Deck dan tarikan terbaru Menara Alor Setar iaitu STAR VIEW. Berada di pencakar langit Alor Setar ini memberikan pemandangan berbeza dari menara yang Ayie pernah pergi sebelum ini. Lihat ke luar dan berkeliling mengelilingi pelantar menghayati keindahan lanskap ibukota Negeri Kedah dari aras tinggi yang saujana mata memandang. Jangan tanya macam mana permandangan nya dan apa bangunan yang Ayie nampak dan yang Ayie tahu, jawapan nya semua Ayie tak tau! saya budak baru datang Alor Setar wak, baru first time sampai. Kalau di Menara KL banyak la bangunan dan lanskap yang Ayie kenal. Yang pasti Menara Alor Setar menyajikan permandangan bangunan-bangunan pelbagai bentuk dan warna di sebelah sini dan kehijauan sawah padi serta gunung-ganang di sebelah sana. Ada juga tanya staff menara pasal tempat-tempat menarik yang kita boleh tengok dari atas sana tapi tiba-tiba lupa pulak, maklumlah otak dah pikir nak bergambar je.. masuk telinga kanan keluar telinga kiri.. ampun maaf... huhuhu.. Satu lagi boleh nampak satu gunung ni, tak pasti Gunung Keriang ke atau Gunung Jerai. Nak tanya lupa pulak. Kalau korang tau tolong komen bagi tau ye.. Terima kasih!



Tak cukup dengan berada di langit, Menara Alor Setar menambah keterujaan pengunjung dengan menawarkan Star View iaitu kotak kaca kiri kanan atas bawah cermin yang tembus pandang yang terkeluar sikit dari pelantar. Ada 2 kotak kaca, satu warna kuning dan satu lagi warna hijau. Memang sesuai sangat dengan warna rasmi Negeri Kedah. Mereka yang biasa dengan ketinggian NO HAL la kalau masuk kotak kaca ni, rileks je bergambar posing-posing tapi buat mereka yang takut-takut tapi mau ni pasti akan " tergedik-gedik manja " takut gitu berada dalam tu. Takut-takut pun amik gambar pun berpuluh-puluh tak ingat orang belakang. ehhhh, alamak macam biasa buat je... hehehee





BERGAMBAR RANCAK SANA-SINI !! 





Kelebihan kalau ko pergi beramai-ramai dengan geng, sesi bergambar mereka jadi riuh dan seronok dia lain macam. Kejap nak gaya ni, pastu gaya freestyle, kejap lagi gaya yang ni pulak. Macam-macam! Sanggup hangus terbakar panas demi gambar-gambar cantik untuk kenangan manis, bukti ko dah sampai Menara Alor Setar. Iya lah, bukan selalu boleh pergi. Awan-awan tersenyum je melihat tingkah kita kat atas sana..

STAR SKY RESTAURANT & LOUNGE !!

                      

Serupa dengan di KL, Menara Alor Setar pun ada restoran berputar iaitu Star Sky Restaurant & Lounge mereka yang menanti kunjungan tetamu untuk menikmati makanan sedap yang mereka hidangkan. Tak kira siang atau malam, Star Sky Restaurant & Lounge ini bersedia menyediakan ruang dan pakej untuk sebarang acara dari majlis perkahwinan, hari lahir, acara korporat dan sebagainya. Info lanjut klik di sini :

FB : https://www.facebook.com/StarskyRestaurantLounge/

IG : https://www.instagram.com/starskyrestaurantmenara










LIFT HYDROLIK YANG KECIL MOLEK !!

Ohhh, satu lagi nak habaq bagi tau, Menara Alor Setar menggunakan satu lift hydrolik kecil molek yang canggih macam dalam cite spy dulu-dulu. Comel, dan old school sangat. Lift ini menghubungkan Megaview Banquet Hall ke Star View. Menara Alor Setar ini walaupun tak se-gah Menara KL, ia tetap memberikan suatu yang menarik untuk dilawati.



PROMOSI TIKET MASUK !!!!!

PROMOSI " SUPER DEAL " ditawarkan kepada semua pengunjung untuk lawatan ke Observation Deck dan Star View Menara Alor Setar bermula 2hb Oktober sehingga 31hb Disember 2021.

Harga promosi ini hanya tertakluk kepada hari biasa( Isnin - Khamis ) seperti berikut :

- Observation Deck = RM6.00 ( MyKad ) dan RM4.00 ( MyKid )

- Star View = RM20.00 ( MyKad ) dan ( MyKid )

Harga bagi hujung minggu ( Jumaat - Ahad ) seperti berikut :

- Observation Deck = RM6.00 ( MyKad ) dan RM4.00 ( MyKid )

- Star View = RM24.00 ( Mykad ) dan RM14.00 ( MyKid )

Tiket PERCUMA untuk kanak-kanak berumur 4 tahun kebawah sahaja.

Dibuka setiap hari 9.00 pagi hingga 10.00 malam.

DATARAN MENARA ALOR SETAR !!

Ini satu lagi kawasan Menara Alor Setar yang harus kita datang tengok. Dari sini kalau ko dongak kepala ke atas boleh nampak ketinggian Menara Alor Setar dan kalau tak ambil gambar kenangan di sini tak lengkap lah hari anda di Menara Alor Setar ni diknun oiii.. Kat dataran ni selain spot cantik bergambar, ia jugak ada replika Menara Alor Setar tersegam indah. Selain itu, ada juga deretan kedai-kedai untuk disinggahi. Kami singgah beki aiskrim femes Mak Siti kat sini tau. Diberitahu, di dataran ini juga sering dijadikan tempat untuk membuat aktiviti-aktiviti riadah seperti senamrobik dan busking.


Menara Alor Setar dah lama rancang nak memperkenalkan lagi menara tertinggi di Kedah ini cuma kita je yang lalai. Oleh itu, cuti sekolah dah bermula marilah pergi melawat Menara Alor Setar.

Twinkle Twinkle Little Star,

Mesti Datang Menara Alor Setar !

Hubungi Menara Alor Setar melalui :

Tel : 604 - 720 2234 / 720 2901 / 720 2902

Website : www.menaraalorsetar.com.my

FB  : https://www.facebook.com/menaraalorsetarofficial/

IG  : https://www.instagram.com/menaraalorsetarofficial 


SUKACITA, 

AYIE.

Comments

Popular posts from this blog

EKPLORASI TASIK KENYIR : Bersama UMT & MEDIA SOSIAL - 24 JAM Pertama.

BATAM - EPISOD 2 : NAIK RORO KE PULAU BINTAN..

KG JKIN RESORT : APA CITER ATV TERMURAH & HIKING KE KAWASAN MAHLUK HALUS ??!!