TEMERLOH UNLIMITED : AMANI VANILLA TEMERLOH - RASAI KEENAKAN AISKRIM VANILLA ASLI & KENALI POKOKNYA !

 ASSALAMMULAIKUM  &  SALAM MANIS......

Hari Ayie di Temerloh di teruskan lagi dengan melawat AMANI VANILLA TEMERLOH. Satu tempat yang tidak hanya menjual aiskrim vanilla yang asli dan enak tetapi tempat ini juga berfungsi sebagai pusat penanam vanilla Malaysia yang mempunyai 500 petani setakat ini.


Kalau sebelum ini Ayie hanya tahu vanilla hanya satu bahan atau perisa yang selalu digunakan dalam aiskrim atau pencuci mulut, tapi kali ini Ayie dapat ketahui lebih mengenai vanilla. Melihat pokok dan vanilla mentah yang ditanam di Amani Vanilla Temerloh.


VANILLA

Vanilla merupakan rempah yang KEDUA TERMAHAL DI DUNIA selepas safron kerana penjagaannya mengambil masa yang lama dan susah. Nama " vanila " berasal dari perkataan Sepanyol yang bermaksud " pod kecil ". Vanilla tergolong di dalam kumpulan keluarga orked tropika yang memanjat dan menjalar. Kegunaan vanilla di dalam industri makanan sebagai penambah rasa dan ia juga digunakan dalam industri tayar untuk menghilangkan bau getah.Dari segi perubatan, vanilla mengurangkan demam, kekejangan dan kerengsaan gastrousus. Vanilla ekstak mengandungi antioksidan dan anti -radang. Harga pasaran buah vanilla kering boleh mencecah sehingga RM 2000 sekilo.






KAFE VANILLA

Untuk menarik lebih ramai lagi pengnjung di Amani Vanilla Temerloh, pengasasnya yang bernama EN MOHAMMAD FEISAL B HJ MOHAMMED NORAWI membuka Kafe Amani Vanilla Temerloh untuk orang ramai merasai menu asli vanilla buatan sendiri seperti Aiskrim Vanilla, Waffle Ice Cream, Set Ubi Kayu dan banyak lagi. Ayie dah rase aiskrimnya, memang sedap! terasa lebih sedap dengan menggunakan vanilla asli.

                         



AMANI VANILLA TEMERLOH

Selasa - Ahad : 11 pagi - 7 petang

Rehat Solat Jumaat ( 1 - 2 petang )

Isnin - CUTI

Maka dengan itu, jika ada di Temerloh, jangan lupa ke AMANI VANILLA TEMERLOH. Makan Aiskrim vanilla asli !



AMANI VANILLA TEMERLOH SDN. BHD

LOT 2231 KAMPUNG BANGAU, 

PARIT 28000 TEMERLOH, PAHANG DARUL MAKMUR

017 - 389 0277


SUKACITA,

AYIE.

 




Comments

Popular posts from this blog

MENU BARU AYAM GEPUK PAK GEMBUS : SATE AYAM CRISPY JOGJA & AIR KELADI SEMARANG !!

IDEA LIVE ARENA TINGKATKAN DAYA TARIKAN NEGARA SEBAGAI HAB HIBURAN DAN PELANCONGAN SERANTAU SEMPENA TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2026!

TOURISM SELANGOR AKAN MEMBAWAKAN AIZAT AMDAN DAN TAWAR DISKAUN SEHINGGA 50% DI MATTA FAIR KALI INI