MENU BARU AYAM GEPUK PAK GEMBUS : SATE AYAM CRISPY JOGJA & AIR KELADI SEMARANG !!

 Assalammualaikum & Salam Manis....


Menu baru Ayam Gepuk Pak Gembus (AGPG) iaitu “Sate Ayam Crispy Jogja" dan "Air Keladi Semarang” sudah dilancarkan dan menunggu kehadiran peminatnya untuk 'cuba try' rasa produk terbaru mereka ini. Ia juga bertujuan bagi mempelbagaikan menu dan pilihan untuk penggemar serta pelanggan AGPG.

Mula-mula apabila diberitahu produk barunya ialah Sate Ayam Crispy Jogja, Ayie terbayang ianya sate yang dibakar hingga ada rasa crispy-crispy gitu. Ohhhhh rupanya Sate Ayam Crispy Jogja ialah sate ayam yang digoreng rangup dan dicucuk menjadi sate. Bagi Ayie rasanya sedap, rangup dan terasa rempah yang digunakan cuma Ayie tak pasti rasa Jogja nya dimana. Ayie yang memang suka makan ayam goreng dan sate ini boleh dikategorikan sedap. Lebih-lebih lagi bila dimakan dengan sos sambal kicap nya. Malah, untuk ibubapa menu ini sesuai untuk anak-anak kalian.


Sate Ayam Crispy Jogja disalut tepung campuran istimewa bersama gabungan rempah asli Indonesia dan Malaysia yang kemudian digoreng sehingga perang keemasan. Lebih sempurna jika dimakan bersama celupan kicap sambal yang diberikan dalam pilihan ‘ala-carte’. Rasa rempah istimewa unik ini tidak boleh didapati di mana-mana dan rasanya berbeza berbanding sate yang ada dalam pasaran. Sate Ayam Crispy Jogja boleh dijadikan 'add-on' di dalam mana-mana pilihan nasi Set A, Set B, Set C atau Set D. Pelanggan juga boleh memilih secara 'ala-carte' 3 cucuk, 5 cucuk atau 10 cucuk. Sate ini sesuai bagi semua golongan sama ada kanak-kanak atau dewasa.




Untuk menghilangkan rasa pedas pula, Air Keladi Semarang merupakan minuman pilihan terbaik. Rasa enak dan lemak Keladi Semarang ini meninggalkan pengalaman makan pedas yang indah buat sesiapa yang mencuba. Rasa air yang diberikan nafas berbeza ini sempurna untuk anda menghilangkan rasa pedas tanpa menghilangkan nikmat kepedasan itu. Air Keladi Semarang ini boleh dijadikan "add-on" di dalam mana-mana Set atau boleh didapati dalam bentuk "ala-carte".


Untuk Ayie, Air Keladi Semarang ini boleh Ayie minum. Ayie tak suka keladi tapi untuk Air Keladi Semarang ini, rasa keladinya tak pekat dan manisnya pun sesuai. Ayie rase macam minum Air Bandung cuma yang ini ade rase keladi sikit. 



Maka yang demikian, apa tunggu lagi.... Tak rasa tak tahu.. Dah rasa anda tentukan sendiri. Lidah sama tapi deria rasa lain-lain... Ayie suka dan akan makan lagi. Gambar bawah ini ialah harga dan pilihan menu-menunya ya...






Merupakan ayam gepuk komersial pertama di Malaysia, Ayam Gepuk Pak Gembus yang terkenal dengan slogan “Tentukan Sendiri Pedasmu, Anda Pedas Kami Puas!” ini kini hampir mencapai 50 cawangan seluruh Malaysia dan semakin berkembang.




SELAMAT DATANG KE AYAM GEPUK PAK GEMBUS !

SELAMAT MENCUBA SATE AYAM CRISPY JOGJA  &  AIR KELADI SEMARANG !


SUKACITA,

AYIE.




Comments

Popular posts from this blog

EKPLORASI TASIK KENYIR : Bersama UMT & MEDIA SOSIAL - 24 JAM Pertama.

BATAM - EPISOD 2 : NAIK RORO KE PULAU BINTAN..

KG JKIN RESORT : APA CITER ATV TERMURAH & HIKING KE KAWASAN MAHLUK HALUS ??!!