TEMERLOH UNLIMITED : KAMPUNGSTAY & HOMESTAY DESA MURNI TEMERLOH - MOH BERCUTI DI KAMPUNG !
ASSALAMMUALAIKUM & SALAM MANIS...
KAMPUNGSTAY
Konsep Kampungstay Desa Murni Temerloh Pahang ialah penginapan yang bercirikan rumah tradisional dan moden dalam kawasan kampung. Pengujung akan dapat merasai keindahan alam semulajadi kampung dan suasananya yang mendamaikan. Ini lah peluang kepada mereka yang tidak mempunyai kampung atau yang tinggal jauh dari kampung halaman untuk tetap merasai kenikmatan kehidupan kampung.
KAMPUNGSTAY DESA MURNI TEMERLOH PAHANG
Bercuti rehatkan minda di Kampungstay Desa Murni Temerloh Pahang memang menjanjikan keseronokkan untuk diri dan keluarga. Pilihlah untuk menginap samada di rumah tradisional, rumah moden, kabin dan campsite. Harga berbeza untuk setiap kediaman dan semua penginapan lengkap dengan kemudahan asas.
Reka bentuk yang cantik dan persekitaran yang nyaman membuatkan hati jadi tenang dan gembira. Ayie sarankan untuk menginap di rumah tradisional kerana rumah nya memang besar dan puas untuk satu keluarga yang ramai. Susun atur perabut dan perhiasan yang ada menginbau kenangan hidup di kampung.
PENGINAPAN RUMAH MODEN
Ya, kalau di lihat lanskap Kampungstay Desa Murni, ada satu kolam mandi besar di tengah-tengah kawasannya. Oleh itu, walaupun duduk kampung, masih lagi boleh mandi kolam. Ahhhh gitu..
HOMESTAY
Inapdesa atau biasa di sebut sebagai homestay adalah salah satu program produk Pelancongan Kementerian Pelancongan Malaysia ( MOTAC ) yang telah lama di lancarkan untuk menarik minat pelancong dari dalam dan luar negara melawat Malaysia.
Konsep homestay yang sebenar adalah pelancong akan tinggal bersama keluarga tuan rumah yang telah berdaftar dengan MOTAC dan merasai kehidupan seharian dan budaya masyarakat setempat. Pihak homestay akan menjalankan aktiviti-aktiviti kampung seperti pergi ke kebun, sawah padi, menoreh getah, main permainan kampung, memasak makanan kampung dan sebagainya yang melibatkan apa yang ada di kampung masing-masing dan peserta harus menyertai semua aktiviti bersama masyarakat kampung. Ringkasnya, di homestay, kita akan tidur di rumah kampung, makan makanan kampung dan jadi orang kampung.
HOMESTAY DESA MURNI TEMERLOH PAHANG
Desa murni telah mendaftar sebagai homestay yang diiktiraf oleh MOTAC dan Homestay Desa Murni adalah homestay pertama yang mendaftarkan diri untuk program yang semakin mendapat sambutan yang tinggi ini. Selain persekitaran Desa Murni yang cantik dan damai ini, sejarah kampung ini juga menarik apabila kampung ini dahulunya merupakan penempatan semula penduduk yang terlibat dengan banjir di Pahang di suatu ketika dulu.
Antara aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan di Homestay Desa Murni Temerloh adalah seperti melawat sangkar ikan patin, menyusuri Sungai Pahang, demo memasak Ikan Patin Tempoyak, permainan kampung dan banyak lagi.
Rumah puan Siti Rokiah binti Abu bakar adalah salah satu rumah kampung yang terlibat dengan Homestay Desa Murni ini. Rumah beliau yang berwarna kuning terang dari jauh dah boleh nampak ni sering menerima peserta program dari negara Jepun. Dari buku pelawat, memang semua orang dari jepun yang tulis bermula dari tahun 1991 hingga sekarang. Maka dengan itu, puan Rokiah pun dah boleh cakap jepun sikit-sikit cukup sekadar untuk komunikasi ringkas dengan mereka.
Kediaman beliau yang mesra di panggil makcik Rokiah menawarkan hanya 1 bilik yang memuatkan 2 orang sahaja. Bila dijemput masuk ke dalam rumah, Wow ! cantik gilerr rumah beliau. Susun atur perabut dan segala perhiasan rumah tersusun kemas, bersih dan sedap mata memandang. Memang korang kena datang dan tengok sendiri. Halaman rumah penuh dengan pasu-pasu bunga yang hidup subur hingga ramai kawan Ayie yang terpaksa buat muka tak malu minta dahan-dahan pokok bunga makcik rokiah untuk nak tanam kat rumah sendiri. Maafkan mereka Puan Rokiah.
Itu baru satu rumah, ada banyak rumah lagi yang cantik-cantik terlibat dengan program Homestay Desa Murni ini. Lekas-lekas la buat tempahan ya.
https://www.kampungstaydesamurni.com/
FB : https://www.facebook.com/kampungstaydesamurni/
MOH TIDO KAMPUNG !!!
SUKACITA,
AYIE.
Comments
Post a Comment