TEMERLOH UNLIMITED : INAKRAF WOOD CARVING - PERUSAHAAN UKIRAN KAYU & PERABUT !

 ASSALAMMUALAIKUM   & SALAM  MANIS.....

INAKRAF WOOD CARVING yang merupakan perusahaan ukiran kayu dan perabut terkenal di Temerloh yang di asaskan oleh ADIGURU KRAF KAYU MALAYSIA Iaitu Adiguru Muhaimin Hasbullah. Hanya ada 2 orang sahaja yang mendapat gelaran adiguru kraf kayu Malaysia dan adiguru Muhaimin Hasbullah adalah salah seorang dari mereka.


Dengan gelaran tertinggi itu, beliau mengusahakan Inakarf untuk memperkenalkan sekaligus mengangkat seni ukiran kayu supaya lebih dikenali di peringkat lebih tinggi. Ilmu penuh di dada di curahkan dalam setiap hasil karya ukiran beliau yang merangkumi pelbagai aspek termasuk corak ukiran dan penggunaan kayu yang sesuai.

Kepakaran En Muhaimin dan pekerja mahir beliau di Inakraf dalam seni kraftangan yang telah lama wujud ini sering membuatkan perusahaan tersebut menerima tempahan dari pelbagai peringkat pelanggan dari dalam negara hingga ke luar negara seperti Amerika Syarikat, Singapura dan Jepun. Banyak seni ukiran beliau digunkan pada bangunan-bangunan rasmi kerajaan seperti di bangunan Parlimen, masjid-masjid dan sebagainya.


Berkunjung ke INAKRAF WOOD CARVING untuk melihat sendiri proses pembuatan ukiran kayu ini menjanjikan pengalaman menarik. Seni ukiran yang dipersembahkan melalui bahan kayu ini sama seperti teknik ukiran yang lain cuma berbeza dari segi cara dan tekniknya. Kemahiran, ketekunan, ketelitian dan kesabaran yang tinggi di tuntut untuk menghasil ukiran yang halus, cantik dan berkualiti tinggi.




Melawat bengkel untuk menghasilkan ukiran kayu ini, Inakraf juga mempunyai mini galeri untuk mempamerkan semua hasil kraftangan mereka dan pengiktirafan yang diterima hasil kerja tangan mereka. Malah mereka juga sering menerima pelajar untuk menjalani latihan industri di sini.









Akhir kata, bagi siapa yang meminati seni ukiran kayu yang berkualiti tinggi ini silalah ke INAKRAF WOOD CARVING perusahaan ukiran kayu dan perabut di Temerloh.

INAKRAF WOOD CARVING

KG BANGAU TANJUNG,

28020 TEMERLOH PAHANG.

 

SUKACITA, 

AYIE.



 

Comments

Popular posts from this blog

MENU BARU AYAM GEPUK PAK GEMBUS : SATE AYAM CRISPY JOGJA & AIR KELADI SEMARANG !!

ASTRO SHAW DAN MIRINDA BERKONGSI KEBERKATAN RAMADAN DENGAN MERAIKAN MEREKA YANG MEMERLUKAN

JOM TERJAH BAZAR RAMADAN DI SELANGOR !