TEMERLOH UNLIMITED : PUSAT KONSERVASI GAJAH KEBANGSAAN, KUALA GANDAH - JOM TENGOK GAJAH !

 ASSALAMMUALAIKUM   &   SALAM  MANIS...

Siapa yang belum pernah tengok gajah secara lansung depan mata? Kalau belum, haruslah pergi melawat gajah di PUSAT KONSERVASI GAJAH KEBANGSAAN KUALA GANDAH LANCANG PAHANG atau ia juga di sebut Sanctuari Gajah Kuala Gandah. Lawatan Ayie dan teman yang lain ke sini adalah satu peluang menarik dan mengujakan untuk mendekati gajah-gajah Malaysia.


Melihat mamalia darat terbesar di dunia ini dari dekat malah memberi makan kepada gajah-gajah yang ada di situ merupakan satu pengalaman yang berharga.



Banyak info dan maklumat tentang gajah yang kita boleh dapat dan pelajari di tempat ini seperti fakta menarik tentang gajah, spesies-spesies gajah, habitat gajah, cara menyelamatkan gajah dari pupus, cara penjagaan gajah, sejarah Kuala Gandah dan banyak lagi.



Haiwan besar berbelalai ini sangat comel ketika diberi makan dan bergerak-gerak kanan kiri seolah-olah sedang menari, mungkin seronok diberi makan. Kami beri gajah-gajah ini tebu yang telah siap di potong kecil.


Pusat konservasi gajah Kuala Gandah menjadi markas bagi pasukan pemindahan dan penempatan bagi sekumpulan gajah, pusat ini juga menjalankan aktiviti-aktiviti kesedaran berkaitan isu-isu pemuliharaan gajah di Malaysia. Di pusat konservasi ini juga mendidik kita supaya lebih menyayangi haiwan-haiwan ini dan memulihara gajah agar tidak pupus.



Selain memberi makan gajah, pengunjung juga boleh membantu staff di pusat ini memandikan anak gajah ( tertakluk pada paras air, cuaca dan syarat lain ) dan melihat persembahan informatif oleh gajah-gajah bermula pada 2.15 petang. Sayang waktu Ayie datang melawat, show gajah masih lambat untuk mula dan kami harus bergerak ke tempat lain. Maksudnya Ayie kena pergi lagi ke Kuala Gandah semula. Hehehhehe



Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah ini terbuka untuk kunjungan orang ramai tanpa ada bayaran cuma pengunjung digalakkan memberi sumbangan untuk kelestarian pusat ini supaya menjadi lebih baik.



Itulah bagusnya tempat ini dan luangkanlah masa melawat Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah ini untuk melihat gajah-gajah yang ada di negara kita.

Untuk lebih info, layari laman sesawang mereka di www.wildlife.gov.my

PUSAT KONSERVASI GAJAH KEBANGSAAN KUALA GANDAH

LANCHANG, PAHANG

DI BUKA SETIAP HARI

10 PAGI - 4.30 PETANG

TEL : 012 - 322 3934

MOH TENGOK GAJAH !


SUKACITA, 

AYIE.


Comments

Popular posts from this blog

MENU BARU AYAM GEPUK PAK GEMBUS : SATE AYAM CRISPY JOGJA & AIR KELADI SEMARANG !!

IDEA LIVE ARENA TINGKATKAN DAYA TARIKAN NEGARA SEBAGAI HAB HIBURAN DAN PELANCONGAN SERANTAU SEMPENA TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2026!

ASTRO SHAW DAN MIRINDA BERKONGSI KEBERKATAN RAMADAN DENGAN MERAIKAN MEREKA YANG MEMERLUKAN