TEMERLOH UNLIMITED : RABBITLAND JENGKA - MINI ZOO DENGAN PELBAGAI SPOT BERGAMBAR CANTIK-CANTIK !

 ASSALAMMUALAIKUM    &   SALAM  MANIS....


Dari nama tempatnya, Ayie ingat ianya adalah taman yang memelihara arnab sebagai tarikan utamanya. Tetapi apabila tiba di sini, bukan sekadar arnab yang ada malah tempat ini ibarat mini zoo yang banyak haiwan-haiwan di dalamnya.


Taman yang di buka pada 1 Jan 2020 lalu menempatkan bermacam-macam haiwan antaranya unta, kuda, rusa, keldai, lembu, biri-biri Australia, arnab, kucing, kambing, burung unta, burung-burung dan banyak lagi. Ada lebih kurang 60 spesis haiwan boleh kita lihat dan kenal lebih dekat di RABBITLAND ini.









Pasti lebih menyeronokkan bila kebanyakkan haiwan di RABBITLAND ini jinak, boleh di belai dan manja dengan pengunjung. Oleh itu, hanya tergantung ko la nak pegang, berani atau tidak. I geli nak pegang. hehehee

Tidak hanya sekadar melihat binatang-binatang mahluk Allah ni sahaja, kita juga di benarkan memberi makan kepada mereka. Waktu ayie di sana, ayie berkesempatan bagi makan kepada unta, rusa, kuda dan kambing. Nak bagi makan kat burung unta takut pulak. huhuhu



Kita juga boleh buat aktiviti seperti sauk ikan, menunggang kuda, memanah, bermain bersama kucing dan arnab dan sebagainya.




Rabbitland yang seluas 5 ekar ni turut menyediakan banyak spot-spot bergambar yang cantik-cantik seperti di Taman Khayalan, kereta kuda Cinderela, motor-motor klasik dan Rumah Hobbit pun ada. Boleh juga naik keretapi yang di sediakan untuk ronda-ronda di Rabbitland ini.




 








Waktu Operasi : Setiap Hari ( KHAMIS TUTUP ) Kecuali cuti sekolah/ cuti umum.

9.00 pagi - 7.00 malam

Tiket : Dewasa = RM 10

          Kanak-kanak  = RM 8

          W/Emas, OKU  = RM 5 

TEL : 019 - 6692377 / 019 - 922 9237

Kedai cenderahati, booth gambar dan kafe juga tersedia untuk semua pengunjung Rabbitland. Makan dan minum di kafe mereka sedap dan memberikan kelegaan selepas puas meneroka Rabbitland. Tiba-tiba teringat milo ais mereka. Sedappp


Haaa.. Jom ramai-ramai ajak keluarga dan kawan-kawan khususnya pencinta haiwan datang ke RABBITLAND JENGKA di Temerloh Pahang Darul Makmur. Rabbitland menanti anda...


SUKACITA,

AYIE.




Comments

Popular posts from this blog

MENU BARU AYAM GEPUK PAK GEMBUS : SATE AYAM CRISPY JOGJA & AIR KELADI SEMARANG !!

IDEA LIVE ARENA TINGKATKAN DAYA TARIKAN NEGARA SEBAGAI HAB HIBURAN DAN PELANCONGAN SERANTAU SEMPENA TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2026!

ASTRO SHAW DAN MIRINDA BERKONGSI KEBERKATAN RAMADAN DENGAN MERAIKAN MEREKA YANG MEMERLUKAN