TEMERLOH UNLIMITED : RESTORAN SAIFUL PATIN GULAI MASAM - PATIN TERKENAL DI TEBING SUNGAI PAHANG !
ASSALAMMULAIKUM & SALAM MANIS...
Waktu Ayie sampai di restoran SAIFUL PATIN GULAI MASAM, restoran ini penuh dengan pelanggan yang sedang menjamu selera makan tengahhari. Ini buktinya restoran ini memang terkenal dan ramai yang gemar makan di sini. Terletak di pinggir Sungai Pahang yang luas menjadikan tempat makan ini semakin menarik.
Di restoran ini Ayie makan Patin Gulai Masam yang memang kena dengan namanya. Terasa rasa masam dari asam yang digunakan dalam masakan Ikan Patin mereka. Kuah yang agak cair tapi cukup rasa. Selain Patin Gulai Masam, Ayie juga makan Ikan Talapia Goreng, Jering Masak Tempoyak, Cendawan Kutat Masak Lemak dan ulam-ulaman dengan sambal belacan dan mesti ada barulah lengkap. Minum pulak air oren sejuk, oh, nikmatnya makan tengahhari Ayie dan kawan-kawan di SAIFUL PATIN GULAI ASAM.
Sekiranya gulai ikan patin bukan pilihan hati, pelbagai menu masakan kampung lain tersedia untuk memenuhi selera makan semua pengunjung. Pilihlah lauk yang anda sukai dan semuanya di hidangkan bersusun kemas tinggal tunggu di ambil.
Tengok pinggan antik yang mereka gunakan terus teringat zaman kecik-kecik dulu. Lagi sedap bila kita makan sambil menikmati keindahan Sungai Pahang.
Alhamdulillah... Kenyang dan sedap makanannya. Maka itu, jemput lah datang ke SAIFUL PATIN GULAI MASAM yang terletak berhampiran dengan jambatan gantung Temerloh.
SAIFUL PATIN GULAI MASAM
Dataran Patin Kampung Bangau Tanjung, Temerloh, Pahang.
018 - 222 6577
SUKACITA,
AYIE.
Comments
Post a Comment