TEMERLOH UNLIMITED : RESTORAN SELERA PATIN BANGAU - RESTORAN DALAM KAMPUNG YANG SEDAP !
ASSALAMMULAIKUM & SALAM MANIS
Satu lagi restoran yang menyediakan menu Ikan Patin adalah restoran SELERA PATIN BANGAU yang terletak di dalam Kampung Bangau, Temerloh. Ramai dengan penggemarnya, tempat makan ini kelihatan simple dan suasana kampung jelas terasa.
Ya, Ayie makan Gulai Ikan Patin sekali lagi. Di restoran ini, Ayie juga makan Ikan Patin Air Asam, Gulai Daging Salai, Sambal Ikan Bilis Bendi dan sayur wajib iaitu ulam-ulaman. Gulai Ikan Patin dan Ikan Patin Air Asam sedikit manis memberi kelainan rasa yang harus di cuba. Daging Salai dan Sambal Ikan Bilis Bendi memang sedap. Berdasarkan menu yang di pamirkan, tidak banyak tetapi cukup mengeyangkan dan menyelerakan.
Dekorasi restoran yang ringkas seperti makan kenduri di kawasan rumah kampung. hehhee... Lengkap dengan surau untuk pengunjung.
Jadi, masukkan restoran SELERA PATIN BANGAU sebagai salah satu tempat makan ikan patin pilihan anda !!!
SELERA PATIN BANGAU
NO 28, JALAN KG BARU KG BANGAU TANJUNG
28000 TEMERLOH, PAHANG.
013 - 996 4100
DI BUKA SELASA - AHAD
12.00 TENGAHHARI - 4.00 PETANG
SUKACITA,
AYIE.
Comments
Post a Comment