TEMERLOH UNLIMITED : RIVER CRUISE SUNGAI PAHANG - BERSIAR-SIAR NAIK BOT MEREDAH SUNGAI PAHANG !
ASSALAMUALAIKUM & SALAM MANIS....
YEAYYYY !!!!! Ayie dah merasa naik bot menyusuri Sungai Pahang, sungai terpanjang di Semenanjung Malaysia. Teruja dan seronok dapat merasai pengalaman meredah Sungai Pahang. Lihat bertapa besar dan lebarnya Sungai Pahang yang mempunyai arus yang laju menjadi nadi kehidupan rakyat Temerloh yang menjadikan Sungai Pahang sebahagian hidup mereka.
Kaunter tiket yang terletak di bawah pelantar di Esplanade Temerloh sedia menunggu pengunjung untuk naik bot yang disediakan. Beli tiket, pakai jaket keselamatan dah boleh standby naik bot.
Ada 2 bot tersedia untuk memberikan khidmatnya yang boleh memuatkan lebih kurang 7 hingga 10 penumpang dalam satu bot. Apalagi di tunggu bila semua SOP sudah dibuat, enjin bot dah panas, moh ronda-ronda Sungai Pahang. Lihat dan bersyukur sumber alam berharga ini masih terpelihara.
Pengemudi bot kami, En Haikal mesra memberi penerangan dan menjawab pertanyaan Ayie dan kawan-kawan tentang itu ini Sungai Pahang. Tanya itu tanya ini dan yang Ayie ingat hanya pasal berapa tinggi banjir yang melanda baru-baru ini? Jawapanya, kalau tengok papan tanda Temerloh di seberang sungai tu, air naik sehingga paras tengah huruf E tu.. mak oiii tinggi nya.
Di sepanjang tepian sungai, kita boleh tengok banyak sangkar ikan patin yang diusahakan penduduk tempatan. Padanlah dengan gelaran Temerloh Bandar Ikan Patin.
Bersiar-siar dengan bot tidak lama sekitar 15 minit berbaloi dengan harga tiketnya. Cukup untuk melihat keunikan Sungai Pahang dan bergambar berlatar belakangkan padan tanda Temerloh. Bukti kita dah sampai di Temerloh.Pada cuti sabtu ahad perkhidmatan river cruise ini sentiasa ada cuma ketika hari biasa, sila call dulu untuk tempahan. Ada 2 pakej yang ditawarkan dengan harga yang berbeza. Pilihlah mana yang berkenan di hati.
PAKEJ 1 : RM 6 - Dewasa PAKEJ 2 : RM 11 - Dewasa
RM 3 - Kanak-kanak RM 5 - Kanak-kanak
Sila hubungi : HAIKAL : 010 - 551 0407
AWANG : 013 - 943 9022
Selamat bersiar-siar menaiki bot menyusuri Sungai Pahang, anugerah berharga Negeri Pahang Darul Makmur.
SUKACITA,
AYIE.
Comments
Post a Comment