TEMERLOH UNLIMITED : TEMERLOH TITIK TENGAH SEMENANJUNG - MONUMEN YANG MENJADI TARIKAN PELANCONG !
ASSALAMMULAIKUM & SALAM MANIS......
Salah satu tarikan pelancongan di Temerloh adalah TEMERLOH TITIK TENGAH SEMENANJUNG MALAYSIA yang terletak di Kampung Paya Siput, Lanchang. Jika sebelum ini Ayie dah sampai di Tanah Terselatan Benua Asia di Johor, kali ini Ayie tiba di Temerloh Titik Tengah Semenanjung Malaysia pulak. Moh baca tentang apa yang menariknya kedudukan titik tengah ini.
Kedudukan ini pernah di perdebatkan oleh ahli geografi mengenai titik kordinat yang tepat bagi kedudukan titik berkenaan. Oleh itu, Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia ( JUPEM ) setelah melakukan pelbagai kaedah topografi, kiraan jisim dan matematik, akhirnya kata putus di ambil dengan kedudukan Kampung Paya Siput adalah titik paling tepat sebagai titik tengah semenanjung malaysia. Apabila telah dirasmikan kedudukannya, monumen di bina dan lokasi ini di komersialkan sebagai salah satu tarikan pelancongan.
Landskap titik tengah semenanjung ini memang cantik dengan tasik yang mendamaikan. Ada 2 monumen di bina untuk menandakan titik tengah tersebut iaitu monumen batu dan monumen ikonik yang berkonsepkan islamik dan mengikut arah kiblat.
Sebagai pengunjung, pasti kita tak mau melepaskan peluang bergambar dengan monumen ini dan kawasan sekeliling yang mempunyai banyak sudut-sudut bergambar yang cantik-cantik.
Kemudahan seperti tandas, taman permainan, kiosk makanan dan surau turut disediakan untuk pengunjung.
Ayie dan kawan yang lain bergembira sakan ambil gambar-gambar kenangan bukti kami telah berpijak di Temerloh Titik Tengah Semenanjung Malaysia. Korang bila lagi....?
Kadar bayaran tiket masuk dan waktu operasi : -
Lekas-lekas lah memijakkan kaki di Temerloh Titik Tengah Semenanjung Malaysia.
Comments
Post a Comment