TEMERLOH UNLIMITED: RESTORAN GO' BANG MAJU - PATIN TEMPOYAK POPULAR TEMERLOH !
ASSALAMMUALAIKUM & SALAM MANIS...
Restoran GO' BANG MAJU ini memang maju sesuai dengan namanya. Nama restoran yang unik buat orang tertanya-tanya dengan namanya. Rupanya pemiliknya adalah anak sulung di panggil Abang dan disebut " go abang agar terus maju ". Restoran Patin Tempoyak yang menyajikan masakan patin tempoyak sebagai menu utama wajib makan. Dari jalan besar Temerloh dah boleh nampak restoran ini tersergam indah menarik perhatian untuk kita singgah makan.
Wow !!! restoran ini bukan hanya sekadar tempat makan patin tempoyak tetapi ia juga ada bahagian untuk pengunjung membeli produk-produk makanan ringan tempatan seperti kerepek-kerepek, cookies dan sebagainya. Ada juga pelbagai kek dan pencuci mulut yang nampak sedap belaka.Di Restoran GO' BANG MAJU ini Ayie dihidangkan dengan beberapa menu iaitu PATIN TEMPOYAK, PAIS IKAN TALAPIA, GULAI KELADI, GULAI PUCUK UBI dan Ulam-ulaman. Rasa Patin Tempoyak di GO' BANG MAJU ini lebih pekat dan rasa tempoyak yang kuat memberi kesedapan yang bikin Ayie tambah nasi. Cukup rase dan sesuai dengan selera Ayie. Selain Patin Tempoyak, menu Pais Ikan Talapia juga sedap dan menyelerakan. Makan jadi bertambah sedap apabila lauk sampingan seperti gulai keladi dan pucuk ubi serta ulam-ulaman sebagai penambah selera.
Ohh !!! jangan lupa AIR JAGUNG yang sedap sebagai penghilang dahaga. Lihat pada warna airnya saja sudah menarik perhatian. Sebenarnya Ayie tak minum air jagung tapi tiba2 tersuka bila minum di GO' BANG MAJU. Pandai adik tu buat air. hehehehe.
Sistem layan diri dipratiskan sewaktu memilih makanan dan minuman yang mahu di beli. Alaaa macam kita makan di kafe Ikea tu. Jalan sehala bermula dengan ambil troli dan sorong ke bahagian makanan untuk pilih dan ambil sendiri lauk-lauk yang anda suka. Semua telah tersedia di rak dengan portion dalam mangkuk dan pinggan.
Pelbagai lauk masakan selain ikan patin tempoyak ada di sini seperti daging salai, ayam goreng, udang galah, sayur-sayuran, kerabu dan banyak lagi. Dan sebelum makan sila ke kaunter bayaran yang diberi signbord TOL GOMBAK, TOL BENTONG, TOL KARAK DAN TOL TEMERLOH. Ehh, dah macam kat highway pulak.. Lepas makan boleh terus susur keluar gituuu... Menarik konsepnya. Lain dari yang lain. Ini yang kita mau.
Kalau dilihat, padan tanda besar restoran Go' Bang Maju juga ada menyediakan ASAM PEDAS, CHAR KOAY TEAW, MEE UDANG LUBUK BUAYA, SUP, CHIKEN COP, LAMP CHOP dan CENDOL. So, cakap banyak tak mau, order lah mana yang berkenan ikut tekak sendiri.
Bab harga, setiap menu lengkap harga masing-masing dan kita boleh bajet duit dengan apa yang kita makan. Untuk patin tempoyak, harganya rm15 semangkuk.
Parking yang luas dan ada anggota RELA yang mengawal pintu masuk restoran ini yang menunjukkan betapa ramai pengunjung makan di sini.
Kenyang perut suka hati !! Ada rezeki Ayie akan datang lagi makan di restoran GO' BANG MAJU dan semoga GO' BANG MAJU terus maju.
HUBUNGI : 019 - 956 9696 Untuk Tempahan
DI BUKA SETIAP HARI
10 PAGI - 10 MALAM
SUKACITA,
AYIE.
Comments
Post a Comment