DURIAN HILL VILLA : PENGINAPAN BAGUS DAN SELESA DI GUA MUSANG KELANTAN!
Assalammualaikum & Salam Manis...
Ini dia satu tempat penginapan yang baik dan selesa kalau korang perlu bermalam di Gua Musang Kelantan. Durian Hill Villa sedia menanti kunjungan anda semua untuk tidur dan berehat.Berkonsepkan " homestay " , Durian Hill Villa terletak di kawasan perumahan dan mempunyai beberapa lot rumah yang dijadikan bilik-bilik untuk pengunjung. Apa yang Ayie suka dengan Durian Hill Villa ialah biliknya yang luas, bersih dan sangat selesa. Ringkas dengan keperluan asas dan ada aktiviti yang kita boleh buat di sini.Selain tidur, bincang la dengan pihak pengurusan untuk buat aktiviti. Aktiviti yang ayie dan kawan-kawan buat masa menginap di sini ialah hiking. Seawal subuh kami dah keluar hiking. Tak jauh. Belakang villa je dan treck nya pun cukup rileks untuk sampai ke puncak. Tak jauh sangat tapi cukup la untuk buat Ayie yang kurang aktif ni berpeluh-peluh. Cukup la untuk pemanasan untuk nak panjat dinding di Muse Eco Park nanti. Di puncak, ada beberapa khemah mereka yang camping di atas. So, nak camping pun boleh di sini. Permandangan cantik dan mesti nak tengok sunrise kan? jom hiking kat bukit Durian Hill Villa.
Apalagi, nak bermalam di durian hill villa, boleh hubungi mereka di :
TEL : 016 900 0338
FB : https://www.facebook.com/DurianHillVillaGM
SELAMAT DATANG KE DURIAN HILL VILLA...
SUKACITA,
AYIE.
Comments
Post a Comment