FANBO ACNE SOLUTION KIT : CANTIK TANPA PERLU RISAU MASALAH JERAWAT!
Assalammualaikum & Salam Manis......
Mesti akan menjadi masalah bila cik Jerawat tumbuh di muka. Lagi-lagi dengan cuaca Malaysia yang panas ini bertambah lah munculnya si jerawat ni. Oleh itu, Fanbo Cosmetics memperkenalkan FANBO ACNE SOLUTION KIT. Marilah ayie tunjukkan produk yang bagus ini.
Perkenalkan kit Fanbo Acne Solution, set yang dirumus khas untuk mengatasi masalah jerawat. Terdiri dari 5 produk iaitu :
- Fanbo Acne Solution Facial Foam
- Fanbo Acne Solution Face Toner
- Fanbo Acne Solution Moisturizer Gel
- Fanbo Acne Solution Acne Gel
- Fanbo Acne Solution Loose Powder
Dengan bahan aktif dan semulajadi seperti Tea Tree Oil, Hydragenic Solution, Silver Active dan Pro Vitamin B3, produk menakjubkan ini harus kita miliki untuk mengatasi masalah jerawat dan membantu mencegah timbulnya jerawat. Menjadikan kulit wajah cantik berseri.
FANBO ACNE SOLUTION FACIAL FOAM.
Langkah pertama mesti kena bersihkan muka dulu. Cuci muka dengan busa lembut ini untuk membuang kotoran dan miyak berlebihan.
FANBO ACNE SOLUTION FACE TONER
Seperti biasa, selepas cuci muka mesti kena pakai toner dan Fanbo Acne Solution Face Toner akan menghilangkan kesan minyak, kotoran dan sebum. Membantu mencegah perkembangan jerawat baru dan menjaga pori-pori agar tetap bersih.
FANBO ACNE SOLUTION MOISTURIZER
Sapu pelembab ini untuk melembabkan kulit dan mengawal lebihan minyak serta melindungi kulit wajah. Ia juga membantu menyamarkan bekas jerawat sehingga kulit tampak lebih cerah.
FANBO ACNE SOLUTION ACNE GEL
Gel yang akan mengurangkan kemerahan jerawat dan bengkak akibat jerawat. Formula yang mudah menyerap tanpa rasa melekit.
FANBO ACNE SOLUTION LOOSE POWDER
Bedak non-comedogenic yang sesuai untuk mengawal sebum dan menyerap minyak berlebihan. Ia ringan dan lembut di kulit.
Mereka yang mempunyai masalah jerawat dan kulit berminyak sangat sesuai menggunakan rangkaian produk Fanbo Acne Solution dan rasa cantik tanpa risau pasal jerawat.
Fanbo ini adalah jenama yang telah lama bertapak dengan jayanya dan popular di Indonesia. Dan apabila ramai warga Indonesia di Malaysia, maka jenama ini pun dikenali di Malaysia. Terkenal kerana kualiti, ketahanan, kesesuaian untuk semua jenis kulit tempatan, dan semestinya nilainya yang berbaloi.
Dapatkan Fanbo Acne Solution dan semua produk Fanbo yang lainya secara online di :
SHOPEE LAZADA PGMALL
FB : Fanbo CosmeticsMy
IG : @fanbo.my
Selamat menggunakan Fanbo !!
SUKACITA,
AYIE.
Comments
Post a Comment