LOTUS DESARU BEACH RESORT : MACAM - MACAM ADA !!
Assalammualaikum & Salam Mesra.....
Ayie kembali lagi bercuti di Lotus Desaru Beach Resort Johor buat kali kedua untuk merasai kecantikan dan keseronokan di tempat peranginan terkenal ini. Tidak banyak yang berubah malah semakin cantik dan lebih banyak tarikan yang resort ini tawarkan. Jom Ayie ceritakan.....Waktu sampai di lobi Lotus Desaru Beach Resort, kaunter check in ramai dengan pengunjung yang sibuk mendaftar dan ini adalah permandangan biasa di sini lebih-lebih lagi pada cuti hujung minggu. Oleh itu, sila booking awal untuk keselesaan.
PENGINAPAN
Untuk kami 5 orang, apartment 3 bilik sangat sesuai dan selesa. Ada 1 bilik king saiz, 1 bilik katil twin dan 1 bilik katil queen. Lengkap dengan ruang tamu, dapur, 2 toilet dan permandangan luar menghadap taman tema dan laut. Cantik sungguh!
Selain apartment 3 bilik, ada beberapa lagi penginapan yang boleh di dipilih iaitu apartment 1,2, 4 bilik dan Penthouse yang tersedia untuk tempahan.
Penginapan yang bersih, luas dan selesa serta permandangan luar yang indah. Sangat Ayie recommended!!MAKANTempat tidur puas hati, makan pulak macam mana?
Sarapan di Lotus Desaru Beach Resort memang tidak mengecewakan. Banyak pilihan makanan yang sedap dan sesuai selera. Lebih-lebih lagi roti canai dan teh tarik mereka. Sedap tau! so, mesti cuba ya. Oh ya, jangan lupa tengok sunrise ya...
Pelbagai citarasa makanan yang mereka tawarkan antaranya makanan laut, Bbq, Korea, India, makanan barat, dan pastinya makanan melayu ada di sediakan. Pergi sahaja ke Restoran TERATAI COFFEE HOUSE, SEAFOOD RESTAURANT, SEA VIEW RESTAURANT, LOTUS SPICES, BEACH HUT dan KOREAN CUISINE dan pilihlah makanan apa yang ingin dimakan.
AKTIVITI AIR, DARAT, TAMAN TEMA AIR & SPASesuai dengan tema resort ini, " The resort for all reasons " banyak giler aktiviti yang kita boleh buat kat sini. Semua ada. Tak sah kalau tak mandi manda di Lotus Desaru Beach Resort. Nak mandi laut atau kolam atau taman tema air. Pilih mana satu tak pun buat semua, mula-mula mandi laut, lepas tu mandi kolam terus sambung berseronok di taman tema air naik gelonggsor air dan tunggu kelapa besar curah air. Peminat sukan air seperti jet ski dan yang seumpamanya di sini lah tempatnya. Nak main Paintball ke nak gym ke nak tengok burung merak pun ada. Malah, nak lihat kebun buah dan sayur-sayuran pun ada. Mari kita enjoy...Best bangett bestieee...
Setiap hujung minggu dan cuti sekolah suasana malam di Lotus Desaru Beach Resort memang meriah. Ibarat ada pesta di malam hari. Selepas tengok sunset, pengunjung boleh beriadah di tepi pantai dan padang rumput, ber-zumba, line dance, tengok wayang pacak, makan-makan dan macam-macam lagi yang pasti mengembiraan hati. Ada juga pengujung yang memilih untuk meraikan pesta hari jadi dan majlis private di Lotus Desaru Beach Resort.
Rehatkan tubuh di LOTUS SPA adalah satu idea yang bijak dan urutan tradisional bali ini pasti akan memberi kesegaran dan badan kembali cergas untuk meneruskan kehidupan.
Begitu lah kemeriahan dan keseronokan di Lotus Desaru Beach Resort. Siapa yang belum pergi, sila lah ke sini dan ada rezeki pasti nak datang kembali. Lotus Desaru Beach Resort sentiasa menanti kunjungan anda dan selamat datang!
Lotus Desaru Beach Resort & Spa
Lot 1854, Jalan Desaru Bandar Penawar,
81930 Kota Tinggi, Johor. Malaysia
Tel : 607 8842800 Fax : 607 8842998
SUKACITA,
AYIE.
Comments
Post a Comment