LOTUS SEAVIEW BEACH RESORT & SPA PENGERANG - JOM PERGI SINI !!!
Assalammualaikum & Salam Manis....
Satu lagi resort jenama Lotus yang Ayie nak cerita kecantikan tempatnya ialah Lotus Seaview Beach Resort & Spa Pengerang Johor. Lotus Seaview ni kira adik beradik la dengan Lotus Desaru iaitu di bawah management yang sama dan jarak tu kira-kira 20 minit perjalanan dari Lotus Desaru. Marilah Ayie tunjukkan apa yang menarik di Lotus Seaview Beach Resort & Spa Pengerang.
TEMPAT TIDUR.
Bilik-bilik penginapan di Lotus Seaview ade 3 jenis iaitu bilik standard (biasa ), Villa Sea View dan Villa Garden View.Villa Sea View permandangan menghadap laut samudera sekaligus tempat yang sesuai untuk menghayati timbul dan tenggelamnya sang matahari. Manakala Villa Garden View pula lebih kepada berada dalam suasana dalam taman dan dekat dengan kolam mandi. Kolam mandinya pula menggunakan air laut ok, bukan air klorin. So, ibarat mandi laut di dalam kolam gitu.... Baru terasa kelainannya.
AKTIVITI - AKTIVITI.Selain berehat santai-santai di sini, banyak lagi benda yang kita boleh buat di Lotus Seaview ini, antaranya selain mandi manda, jom main ATV, basikal dan skuter kecil ronda-ronda tepi laut dan kawasan sekitar resort. Malam hari pulak buat BBQ makan bersama orang tercinta. Oh, indahnya hidup! Semua kemudahan untuk kita nak buat semua itu ada disediakan hanya perlu booking dengan pihak pengurusan.
Begitulah kecantikan Lotus Seaview Beach Resort & Spa Pengerang yang Ayie pergi dan ada rezeki pasti akan ke sini lagi. Korang pun jangan lupa pilih tempat ini untuk jadi salah satu tempat bercuti pilihan hati.

Alamat : Lotus Seaview Beach Resort Sdn Bhd
Tanjung Punggai, Sungai Rengit
81620 Pengerang, Johor. Malaysia
Tel : 607 8781881 Fax : 607 8781818
SELAMAT BERCUTI DI LOTUS SEAVIEW BEACH RESORT & SPA PENGERANG!
SUKACITA,
AYIE.
Comments
Post a Comment