MUSE ECO PARK GUA MUSANG - MARI CUBA VIA FERATTA & FLYING FOX ANTARA YANG TERTINGGI DI KELANTAN !!!!

 Assalammualaikum & Salam Manis....

Sesungguhnya mase Ayie dah berada di platform yang tingginya 40 meter tu tiba-tiba rase takut datang dan semua keberanian sebelum ni hilang. Menggeletar seluruh badan nak ber-flying fox. Bukan kali pertama Ayie flying fox ni, rasenya adalah 5 kali dan ada yang lebih tinggi dari ni. Semua ok je.Tapi tapi tapi, untuk flaying fox di MUSE ECO PARK GUA MUSANG kali ini aura dia lain. Permandangan alam setinggi 12 tingkat dari tepi dinding bukit yang luas terbentang buat Ayie pikir tak jadi nak teruskan meluncur ke bawah sana. Seram wei... Maka jadi lah drama beberapa minit sebelum Ayie berjaya meneruskan acara dan selamat sampai ke platform terakhir. Syukur Alhamdulliah.


Begitulah apa yang Ayie rase mase fying fox di Muse Eco Park. Ada 2 aktiviti yang mencabar dan menguji ketahanan fizikal kita iaitu Via Feratta dan Flying fox. Ayie biasa dengar flying fox tapi via feratta ni baru pertama kali dengar dan ini lah juga pengalaman kali pertama cuba benda alah ni.

VIA FERATTA - Via Feratta di Muse Eco Park ini ialah pendakian dinding gua batu kapur yang berketinggian 40 meter dan di sudahi dengan flying fox dari ketinggian 12 tingkat. Untuk lebih mencabar, hanya palang besi kecik yang boleh kita pijak sepanjang Via Feratta ni. Aktiviti panjat dinding gua batu kapur di Muse Eco Park ini antara yang tertinggi di Kelantan. Anda mampu? Ayie dah mampu walaupun dengan susah payah. 



Untuk mereka yang meminati aktiviti lasak dan ingin mencabar diri, maka via feratta di Muse Eco Park harus korang cuba. Walaupun mula-mula ketaq lutut dan rase nak menyerah je, tapi bila dah berjaya sampai ke bawah, rase bangga wei! puas hati dah cuba jugak aktiviti ni. Mungkin untuk kali kedua lebih rileks! No drama. hahhahhaha

Di buka setiap hari dari jam 9 pagi hingga 6.30 petang. Kita boleh walk in sahaja pada hujung minggu dan cuti sekolah tetapi perlu booking dahulu pada hari biasa. Tiada had umur asalkan mampu dan sebelum ini ada yang berumur semuda 12 tahun dan warga emas umur 65 tahun dah naik via feratta ni. Harga pun berbaloi, rm75 dan mase Ayie naik tu ada promosi hanya bayar rm50. Korang bila lagi......






Apa lagi, set time dengan kawan-kawan dan jom kita cuba naik Via Feratta di Muse Eco Park Gua Musang.

Layari : https://www.facebook.com/museecopark 


SUKACITA,

AYIE.



 

Comments

Popular posts from this blog

IDEA LIVE ARENA TINGKATKAN DAYA TARIKAN NEGARA SEBAGAI HAB HIBURAN DAN PELANCONGAN SERANTAU SEMPENA TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2026!

TOURISM SELANGOR AKAN MEMBAWAKAN AIZAT AMDAN DAN TAWAR DISKAUN SEHINGGA 50% DI MATTA FAIR KALI INI

ASTRO SHAW DAN MIRINDA BERKONGSI KEBERKATAN RAMADAN DENGAN MERAIKAN MEREKA YANG MEMERLUKAN