ASTON BATAM HOTEL & RESIDENCES DAN ASTON INN GIDEON BATAM : RANGKAIAN HOTEL ASTON YANG BAGUS DAN POPULAR !!!
Assalammualaikum & Salam Manis.....
Hai korang, selain Ayie menginap di favehotel Batam, Ayie dibawa ke 2 Hotel ASTON yang ada di Batam untuk Ayie kongsi agar korang boleh dapat info dan pilihan hotel sekiranya datang ke Batam. Rangkaian ASTON Hotel dan favehotel adalah di bawah pengurusan yang sama dan jarak antara hotel-hotel ini pun tak terlalu jauh dan ia masih lagi berada di Kota Batam. Hotel ASTON yang Ayie nak tunjuk ialah ASTON BATAM HOTEL & RESIDENCES dan ASTON INN GIDEON BATAM. Ada satu lagi ASTON iaitu ASTON NAGOYA tetapi waktu itu ia belum beropersi. Tapi rasenya sekarang sudah buka untuk pengunjung. Oleh itu, Hotel ASTON ni ada 3 di Batam dan adik-beradik jugak la dengan favehotel.
ASTON HOTEL BATAM & RESIDENCES.
Dari namanya, hotel ini menawarkan bilik hotel dan apartment untuk pengunjung memilih jenis penginapan mereka. Tersedia 263 bilik yang terbahagi kepada beberapa jenis iaitu Studio, Studio Style, Studio Plus, Family Studio, Suite, Aston Suite, 2 Bedroom Apartment dan 3 Bedroom Apartment. Hotel ini besar, cantik, mewah dan lebih privasi untuk mereka yang menyukainya. Lobi hotel luas dan menarik. Dari lobi je dah nampak kolam mandi yang cantik.
Banyak fasiliti yang ada di hotel ini antaranya ballroom yang sesuai untuk pelbagai acara besar termasuk perkahwinan dan 7 bilik untuk mesyuarat atau acara korperat. Kemudahan lain seperti kolam mandi, gym, bar, spa dan surau pasti ada untuk tetamu mereka. Sarapan atau makan di Basil Restaurant pasti enak dan menyelerakan.
Hotel 4 bintang yang berada di tepi jalan besar ini menyajikan permandangan yang indah dan lokasi penginapan yang bagus.
ASTON INN GIDEON BATAM.
Hotel yang diberi jenama baru ini bertempat di Penuin, Batam dan bagi Ayie hotel ini tetap cantik walaupun ringkas. Hotel yang sedikit ke belangan dari jalan besar ini mempunyai lobi ringkas dan bilik-bilik nya juga bagus, selesa, bersih dan menarik.
ASTON INN GIDEON sering menjadi pilihan dan popular kerana lokasinya yang dekat dengan banyak kawasan membeli-belah dan hiburan. Dekat dengan BCS Shopping Mall dan Grand Batam Shopping Arcade.
Hotel ini juga merupakan hotel bintang 3 yang terbesar yang menyediakan pelbagai fasiliti termasuk spa dan restoran internasional.
Semoga perkongsian ini boleh memudahkan korang nak memilih hotel yang ingin ditempah dan kedua-dua hotel ini memang bagus dan cantik. Ok, selamat menginap di ASTON BATAM & RESIDENCES dan ASTON INN GIDEON BATAM.
https://www.astonhotelsinternational.com/en/hotel/view/52/aston-batam-hotel---residence
IG : astonbatam
https://www.astonhotelsinternational.com/en/hotel/view/76/aston-inn-gideon---batam
IG : astoninngideonbatam
SUKACITA,
AYIE
Comments
Post a Comment