BATAM CITY TOUR 2022 : JALAN - JALAN DI KOTA BATAM, KEPULAUAN RIAU, INDONESIA!

 Assalammualaikum  &  Salam Manis....

Syukur Alhamdulillah, akhirnya buku merah sudah boleh digunakan lagi untuk di cop setelah lama terperuk sebab larangan jalan-jalan keluar Malaysia angkara covid. Bila dah ada kebenaran, Ayie dan kawan-kawan ambil peluang untuk ke Batam, Indonesia.

Melawat Batam setelah bertahun memang seronok dan kami pun pergi ke beberapa tempat-tempat menarik dan cantik di Batam. Ayie dengan sukacita nya nak ceritakan tentang keindahan Batam. Jom baca ni...

1 - PAPAN TANDA BESAR KOTA BATAM.

Ikon besar kota Batam ini ialah tempat wajib pergi bila kita ke Batam dan ia menjadi bukti kita dah menjejaki kaki di Batam ini. Nun jauh di atas bukit sana tulisan " WELCOME TO BATAM " terpacak tinggi untuk menarik pengunjung datang di dataran yang di sediakan dan bergambar berlatar belakangkan tulisan putih besar ini.


Awan putih kat langit tersenyum je tengok Ayie and the geng gedik-gedik amik gambar untuk kenangan. Biar berpanas asalkan puas dengan gambarnya. Gitu....

2- MUSEUM BATAM RAJA ALI HAJI 

Sinonim dengan namanya muzium, Museum Batam Raja Ali Haji pasti ada banyak infomasi sejarah Batam khususnya dan Republik Indonesia serta artifak-artifak tinggalan sejarah untuk generasi seterusnya mengenal sejarah yang tercipta. 


Museum Batam Raja Ali Haji memberikan pengalaman baru menelusuri jejak perkembangan Batam. Sejarah peradaban Batam dimulai sejak era Kerajaan Riau Lingga, Belanda, Jepun, Kemerdekaan Indonesia, Pihak Berkuasa Batam, Kepemimpinan BJ Habibie, Kota Pemerintahan, Khazanah Melayu dan banyak lagi boleh kita pelajari jika mengunjungi muzium ini.





Bangunan klasik putih ibarat masjid ini pun sangat cantik untuk kita posing-posing ambil gambar untuk memori.

3- DATARAN ENGKU PUTRI.

Berdekatan dengan Museum Batam Raja Ali Haji ialah Dataran Engku Putri. Hanya jalan beberapa meter dah sampai. Dataran ini ialah satu taman di tengah-tengah bulatan jalan di Batam dan ada 3 monument batu di dalam nya. 3 monument batu tersebut ialah tempat di mana 3 pemimpin negara iaitu Indonesia, Malaysia dan Singapura ketika itu melawat Batam dan ketiga pemimpin ini menanam pokok Beringin sebagai simbolik kedatangan mereka. Diberitahu, tempat ini bakal tiada untuk memberi laluan kepada pembangunan yang lain. Sayangnya......





4- PANBIL NATURE RESERVE Eco Edu Park.

Di dalam Kota Batam yang semakin membangun ini, wujud satu rizab semulajadi yang menjadi tarikan pelancong dalam dan luar untuk menikmati hijau dan segarnya alam semulajadi sambil berekreasi di dalamnya. Panbil Nature Reserve Eco Edu Park sedia menanti kunjungan kita dan yang paling menarik yang harus kita lawati ialah mendekati RUSA SAMBAR yang unik. Rusa  Sambar ini lebih besar dari rusa biasa dan jinak. Cuma satu, haiwan liar ini sangat sensitif dengan bunyi dan akan lari jauh sekiranya ade bunyi bising. Oleh itu, jangan bising-bising bila dekat dengan rusa ni ya.. Selain Rusa Sambar, persekitaran kawasan Panbil Nature Reserve ini indah dengan pokok-pokok tinggi tersusun memberikan satu panorama hutan yang menakjubkan.





Tidak hanya Rusa Sambar, banyak lagi haiwan yang boleh kita dekati di tempat ini antaranya burung-burung, haiwan-haiwan comel, ular dan reptilia yang lain dan banyak lagi. Pastinya Panbil Nature Reserve Eco Edu Park adalah lokasi yang berbaloi dilawati di Batam ini. Ada tiket masuk yang perlu dibayar dan banyak spot-spot OOTD cantik-cantik belaka bertemakan alam semulajadi dan hutan menanti anda.




5- JAMBATAN BARELANG.

Nah, ini dia ikon kedua Kota Batam yang popular. Wow !! memang cantik dan hebat Jambatan Barelang ini. Senibina jambatan yang ikonik dan persekitaran indah dengan laut terbentang luas serta angin yang bertiup ketika Ayie sampai ke jambatan ini memang luarbiasa syoknya...



Jambatan Barelang ini adalah sekumpulan jambatan yang menghubungkan pulau-pulau iaitu Pulau Batam, Pulau Tonton, Pulau Nipah, Pulau Rempang, Pulau Galang dan Pulau Galang Baru di daerah Batam, provinsi Kepulauan Riau, Indonesia. Jambatan Barelang adalah singkatan dari Batam, Rempang dan Galang. Ada juga yang menyebut jambatan ini sebagai " Jambatan Habibie " sebagai penghargaan atas jasa beliau dalam mengembangkan Batam sebagai pulau industri serta mempelopori pembangunan jambatan ini. So, pastikan anda hadir di Jambatan Barelang ini sekiranya berada di Batam. 



Macam mana? menarikkan tempat-tempat yang kita boleh lawati di Batam ini. Itulah antara lokasi-lokasi pelancongan yang Ayie singgah ketika berada di Kota Batam. Akhir kata, selamat datang ke Batam dan nikmatilah " Wonderful Indonesia ".

Next, dari Batam, Ayie nak ke Pulau Benan, Lingga .... 


SUKACITA, 

AYIE. 




Comments

Popular posts from this blog

Samsung Galaxy Z Fold7 & Flip7 Kini di Malaysia: Inilah Apa yang Anda Perlu Tahu

IDEA LIVE ARENA TINGKATKAN DAYA TARIKAN NEGARA SEBAGAI HAB HIBURAN DAN PELANCONGAN SERANTAU SEMPENA TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2026!

TOURISM SELANGOR AKAN MEMBAWAKAN AIZAT AMDAN DAN TAWAR DISKAUN SEHINGGA 50% DI MATTA FAIR KALI INI