BENAN ISLAND RESORT : SANGAT CANTIK DAN DEKAT DENGAN BATAM !!!

 Assalamulaikum & Salam Manis...

Jalan-jalan Ayie ke Batam di teruskan dengan pergi ke Benan Island Resort. Resort yang terletak di Pulau Benan, Lingga, Kepulauan Riau, Indonesia. Dari Batam, kira-kira satu jam perjalanan baru bas kami sampai ke Pelabuhan Labon. Di jeti Labon, speedbot dah sedia menanti maka kami pun menyusuri laut luas menuju ke Benan Island Resort. dush...dush..dush.. (bunyi bot laju) kami pun sampai. Adalah lebih kurang 30 minit perjalanan kami. 


Sampai je, permandangan perkampungan nelayan menyambut kami. Cantik dan teruja kami nak sampai ke Benan Island Resort. Kita perlu beberapa minit lagi untuk ke resort dan pihak resort telah siap menyediakan motor roda tiga untuk bawa pengunjung dan beg-beg kami ke sana. Tapi Ayie sarankan, sesiapa yang suka berjalan tu, lebih baik jalan kaki ke resort dari jeti sambil santai-santai menghayati permandangan indah kawasan Pulau Benan. Ayie pilih naik motor sebab dah lama naik motor dan nak cepat sampai.. hehehhe..




Benan Island Resort menyambut kedatangan tetamunya dengan air kelapa yang segar. Ibarat orang ngantuk di sorong bantal, minum air kelapa waktu cuaca panas memang nikmat. Selesai suai kenal dengan pemilik dan makan tengah hari, masa untuk lihat bilik tempat kami beradu malam nanti. Jom tengok....



Ada 2 jenis penginapan di Benan Island Resort ini iaitu jenis villa dan jenis tidur glamping. Sila pilih mana yang berkenan di hati. Untuk kumpulan kami, perempuan tidur di villa, yang lelaki tidur dalam khemah glamping. Dua-dua penginapan selesa dan bersih. Yang lebih menarik, mereka sediakan " indomee cup " dan termos air panas persiapan untuk tetamu yang tiba-tiba lapar. Biasa kita selalu nampak 3 in 1 kopi atau teh dan air mineral yang di sediakan, tetapi resort ni tambah dengan mi segera. Terbaik lah!!












Apa yang kita boleh buat di Benan Island Resort ni? Pastilah kita seronok-seronok menghayati indahnya alam. Pasir putih tepi pantai, ombak saling berkejaran.. Sungguh asyiknya... Ambik gambar sana sini. Posing kat pantai, posing kat buaian, posing bawah pokok kelapa dan banyak lagi la spot-spot cantik nak bergambar. Pandai-pandai la cari.




Mandi laut dan main sukan air seperti berkayak memang best. Naik basikal keliling resort lagi best. Tak pun cukup sekadar duduk di bangku yang di sediakan menghadap laut sambil melayan perasaan ditemani angin sepoi-sepoi bahasa. Boleh juga minum petang di Coconut Beach Club hirup kopi panas dan sembang-sembang tentang kehidupan di muka bumi ini. Rileksnya.. 






Kumpulan kami sudah di aturkan aktiviti-aktiviti ala-ala team building yang sempoi dan riuh dengan gelak ketawa. Terima kasih Pak Edy yang telah mengatur acara sukaneka yang menggamit memori ini. Beria-ria kawan-kawan Ayie ikut serta. Dah lama tak main begitu katanya. Oleh itu, kalau anda ke sini, bincang dengan pihak resort untuk disertakan aktiviti-aktiviti seperti ini. Best tau!! 





Jangan lupa tengok matahari terbenam di kawasan belakang resort. Jalan-jalan di boardwalk kayu kawasan paya bakau yang indah dan berbaring bergambar di atas jaring di atas laut yang menarik memberi kelainan dalam percutian di Benan Island Resort ini. 

Cerita bab makan, menu yang paling istimewa di Lingga ada disediakan di Benan Island Resort iaitu Siput Gonggong dan Kekapis. Bagi Ayie yang suka seafood, dua-dua makanan ini memang sedap dan bertambah-tambah Ayie and the geng makan. Sos pencicah dia memang padu dan sedap sampai kami makan tak ingat dunia... Tak tau nak bagi tau macam mana rasa dia, nak lukis tak pandai pulak, datanglah ke Benan Island Resort dan try la sendiri.


Aktiviti malam kami tak banyak kerana masing-masing dah penat. Tetapi untuk mereka yang masih cergas, karaoke di Coconut Beach Club tetap di teruskan. Kejap terdengar suara merdu dan selalu jugak terdengar nyanyian off key... hehehee.. 

Tiba masa untuk pulang ke Batam dan begitulah percutian singkat  2 hari 1 malam di Benan Island Resort. Percutian yang menyeronokkan dan memberi kegembiraan. Sebelum naik bot, masih sempat kami bergambar kenangan di jeti yang memberikan panorama kampung nelayan yang indah dan damai. Selamat tinggal Benan Island Resort. Terima kasih untuk layanan yang terbaik dan ada umur panjang, pasti kami akan kembali lagi.





BENAN ISLAND RESORT

KABUPATEN LINGGA, KEPULAUAN RIAU, INDONESIA.

TEL @ WASAP : +62 813-7235-5957 ( PAK EDY )

        +62 822 1115 8899

FB :https://www.facebook.com/benanislandresort

IG : https://www.instagram.com/benanislandresort

Email : benanresort@gmail.com


SUKACITA, 

AYIE.



  


Comments

Popular posts from this blog

MENU BARU AYAM GEPUK PAK GEMBUS : SATE AYAM CRISPY JOGJA & AIR KELADI SEMARANG !!

TOURISM SELANGOR AKAN MEMBAWAKAN AIZAT AMDAN DAN TAWAR DISKAUN SEHINGGA 50% DI MATTA FAIR KALI INI

ASTRO SHAW DAN MIRINDA BERKONGSI KEBERKATAN RAMADAN DENGAN MERAIKAN MEREKA YANG MEMERLUKAN