favehotel Nagoya Batam : PILIHAN PENGINAPAN YANG BAGUS DI KOTA BATAM !
Assalammualaikum & Salam Manis....
Kunjungan ke Batam kali ini Ayie dan kawan-kawan menginap di satu hotel baru dibuka iaitu favehotel. Terletak di Nagoya Batam, hotel ini cantik, bersih dan sarapannya pun sedap.
2 malam Ayie bermalam di favehotel cukup puas hati. Katil yang besar, bersih dan cukup dengan keperluan asas layaknya sebuah hotel.
favehotel sedia menyambut tetamu mereka dengan menawarkan bilik yang baik dan selesa untuk dihuni. Kedudukan hotel ini yang dikelilingi deretan kedai-kedai dan foodcourt sangat memudahkan pengujung jalan-jalan, shopping dan makan-makan di kawasan sekitar hotel. Nak urut pun ada je sebelah hotel.
Sewaktu menginap di sini, sedang berlansung acara " Kampung Food Fiesta 2022 " yang sangat dekat dengan hotel ini. Maka, jalan-jalan cari makan la kami. Merasai keenakan makanan lokal dan popular Indonesia.
Kesimpulannya, penginapan Ayie di favehotel memang selesa dan gembira. Ada umur panjang pasti akan kembali lagi menginap di hotel ini. Ok, sesiapa yang sedang mencari hotel ketika di Batam, favehotel sedia menanti kunjungan anda...
Comments
Post a Comment