GIANT MALAYSIA MELANCARKAN PROGRAM CSR " SUDAH MAKAN? " BAGI MEMBANTU RAKYAT MALAYSIA YANG MEMERLUKAN.

 Assalammualaikum  &  Salam Manis.....

Giant Malaysia pada 24 Ogos 2022 yang lalu telah melancarkan program CSR " Sudah Makan? ". Kempen ini akan menerajui usaha Giant bagi menyediakan 500,000 Sumbangan kepada Keluarga Malaysia dan NGO dengan kerjasama The Lost Food Project. Pelancaran itu di lakukan di salah satu cawangan Giant Malaysia iaitu di Pasaraya Giant Setapak.

Kempen yang dinamakan "Sudah Makan?" atau "Have You Eaten?", sebuah frasa yang sering digunakan di Asia bagi menggambarkan kebimbangan dan keprihatinan, adalah salah satu usaha dan tanggungjawab sosial korporat GCH Retail untuk mengurangkan bebanan rakyat yang memerlukan dan meningkatkan sumbangan kepada sekuriti makanan di Malaysia. Ia juga selari dengan misi Giant untuk  menyediakan pelanggan apa yang mereka perlukan, dan berusaha untuk membantu mereka yang kurang bernasib baik dan kurang berkemampuan, lebih-lebih lagi pada masa yang mencabar ini.




Giant mengumumkan bahawa ia menyasarkan untuk menyediakan 500,000 sumbangan makanan dengan kerjasama The Lost Food Project (TLFP) menjelang akhir tahun depan. Ini dijangka akan tercapai dengan pelancaran Kempen "Have You Eaten?" atau ‘Sudah Makan?’, dimana peratusan daripada semua produk beras jenama Meadows yang dibeli, akan disalurkan untuk membeli beras bagi golongan yang memerlukan. Bersama-sama dengan kempen ini, Giant Malaysia juga memberi sumbangan sebuah lori penghantaran Giant, kepada The Lost Food Project (TLFP), sebagai sebahagian daripada kerjasama berterusan mereka.

Kempen ‘Sudah Makan?’ bertujuan untuk bekerjasama dengan pelanggan Giant, dimana bagi setiap 1 kg beras Meadows yang dijual, 10 sen akan disumbangkan kepada pembelian beras Meadows, pada harga kos. Sumbangan beras Meadows ini dianggarkan akan dapat memenuhi sebahagian besar daripada sasaran 500,000 hidangan makanan kepada penerima bantuan, di mana ia merupakan matlamat Giant dengan kerjasama TLFP. Kempen ini akan menyaksikan Giant turut bertumpu dan berusaha lebih gigih menderma makanan, terutamanya beras, bagi memenuhi permintaan yang paling banyak ketika pemberian sumbangan kerana ia merupakan makanan ruji yang penting.

Majlis serba ringkas tetapi penuh bermakna itu turut disaksikan oleh En. Quek Kia Ann, Pengarah Bahagian Komuniti, Jabatan Kebajikan Masyarakat. Di antara barangan makanan yang sempat disumbangkan oleh Giant, terdiri daripada barangan keperluan seharian seperti Beras Meadows, Minyak Masak, Tepung, Gula, Kit Ujian Kendiri C-19 dan beberapa barangan runcit. Baucar tambahan bernilai RM100 turut disumbangkan kepada setiap keluarga, bagi membolehkan mereka membeli apa yang mereka perlukan.


Beliau berkata, “Program kolaborasi seumpama ini amat baik bagi membantu masyarakat yang mengalami krisis kekurangan makanan. Jalinan kerjasama antara Giant bersama The Lost Food Project sewajarnya dijadikan contoh oleh syarikat-syarikat korporat yang lain bagi membantu golongan yang daif dan memerlukan supaya tiada siapa yang terpinggir selari dengan janji utama dan transformatif bagi Agenda 2030 untuk Matlamat Pembangunan Mampan (SDG),”.

Pada pelancaran itu juga, Giant juga telah mengumumkan kerjasama baharunya dengan TLFP melalui pemberian lori penghantaran Giant, bersama dengan 4,000 kg makanan keperluan atau anggaran bersamaan dengan 11,430 hidangan makanan, kepada 200 buah  keluarga yang terdiri daripada PPR Seri Semarak dan PPR Sg Bonus.
Dermaan makanan sahaja adalah tidak memadai, kerana terdapat juga keperluan untuk mengagihkannya dengan cepat, terutamanya barangan segar. Oleh itu, Giant mengambil satu lagi langkah untuk membantu menyelesaikan perkara ini dengan menderma sebuah lori penghantaran Giant. Lori ini bertujuan untuk mengumpul dan mengagih lebihan makanan di kawasan sekitar pasaraya Giant di Lembah Klang. Lori ini dihiasi dengan penjenamaan kempen dengan terang.


Kesimpulannya, Giant Malaysia ingin menggalakkan pelanggan mereka dan orang ramai untuk menyertai Giant dalam usaha membantu masyarakat yang memerlukan, serta menangani masalah kelaparan di Malaysia. Walaupun dengan hanya membeli sekilo beras, anda sudah boleh membuat satu perubahan. Lagipun, Giant benar-benar percaya bahawa “It’s The Little Things That Will Make a Giant Difference!”.


SUKACITA,

AYIE.



Comments

Popular posts from this blog

Samsung Galaxy Z Fold7 & Flip7 Kini di Malaysia: Inilah Apa yang Anda Perlu Tahu

IDEA LIVE ARENA TINGKATKAN DAYA TARIKAN NEGARA SEBAGAI HAB HIBURAN DAN PELANCONGAN SERANTAU SEMPENA TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2026!

TOURISM SELANGOR AKAN MEMBAWAKAN AIZAT AMDAN DAN TAWAR DISKAUN SEHINGGA 50% DI MATTA FAIR KALI INI