RESTORAN ZAITUNA : MAKANAN SANGAT SEDAP & SERVICE TERBAIK !!!!
Assalammualaikum & Salam Manis....
Hai... Kali ni Ayie nak kongsi kesedapan makan di Restoran Zaituna di Johor Bahru. Iya! memang sedap dan sesuai sangat dengan selera. Kawan-kawan Ayie yang makan sekali pun kata sedap. Pelanggan lain kat meja sebelah pun kata sedap. Makanan arab dan makanan timur tengah lainnya antara makanan yang menjadi kegemaran Ayie dan bila dapat makan di Restoran Zaituna baru-baru ini, oh nikmatnya....Restoran Zaituna
Restoran yang terletak di bandar Johor Bahru ini menawarkan pelbagai menu Masakan Timur Tengah seperti Nasi Arab, Kambing, Ayam, Makanan Laut, BBQ dan deretan Manisan untuk di pilih.
Serius, korang memang kena cuba Nasi Arab Ayam Kambing Zaituna ni, pilih yang " Dulang Offer " nasi dia sedap gilerr, tak kering dan cukup rase. Lebih-lebih lagi bila makan dengan sambal tomato dan sup. Rase premium gitu.. Ayie bagi 10/10.
Lepas kenyang makan, minum pulak Kopi Turki panas sebagai pelengkap. Syoknya.... Minuman lain seperti air jus, teh dan Air Gas Barbican pun ada tunggu kita order.
Dah la makanan sedap, service mereka pun terbaik! cepat dan mesra. patut la ramai yang suka makan di restoran ini dan waktu Ayie makan di restoran ini, ade 2 pelanggan yang menyambut majlis hari jadi mereka di restoran ini. Siap dengan pukulan gendang, musik arab dan pedang panjang potong kek mereka sediakan. Meriah sungguh!Pastikan anda buat tempahan awal ye kerana Restoran Zaituna ini sentiasa penuh terutama cuti hujung minggu dan waktu Ayie sampai pun, restoran ni tengah penuh dan ada pelanggan yang setia beratur menunggu giliran. Pelancong dari Singapura pun ramai makan di sini. Nasib baik ayie dah booking awal.. hehhehehee
Kesimpulannya, Restoran Zaituna memang terbaik dan makanan dan minuman serta layanan mereka sangat bagus. Harga pun Ayie tengok masih mampu bayar dan berbaloi dengan keenakan makanannya. Ayie memang rekomen anda semua makan di restoran ini dan kalau Restoran Zaituna ada di KL, mesti nak pergi lagi.
RESTORAN ZAITUNA.
27, Jalan Glasiar, Taman Tasek, 80200 Johor Bahru, Johor
TEL : 07 - 213 3577
FB : ZAITUNA RESTAURANT
SUKACITA,
AYIE.
Comments
Post a Comment