MERAIKAN PENGGEMAR SENI DAN FOTOGRAFI MELALUI SELANGOR INTERNATIONAL TRAVEL PHOTOGRAPHY FESTIVAL

 Assalammualaikum & Salam Manis....

SELANGOR, 14 November 2022 – Kerajaan Negeri Selangor, melalui agensi promosi pelancongan Tourism Selangor telah menganjurkan Selangor International Travel Photography Festival dari 12 hingga 13 November 2022, bertempat di UG Atrium,Paradigm Mall, Petaling Jaya.


Sebagai salah satu usaha bagi mempromosikan destinasi pelancongan domestik di negeri Selangor, Selangor International Travel Photography Festival pada tahun ini telah mengumpulkan seramai 8,000- 10,000 pengunjung sepanjang Festival ini berlangsung dan telah menampilkan pelbagai aktiviti seperti pertandingan dan pameran fotografi, perbincangan dan pembentangan, persembahan kebudayaan, seminar dan banyak lagi.






Yang Berhormat Tuan Hee Loy Sian, Exco Pelancongan dan Alam Sekitar Negeri Selangor, dalam satu kenyataan berkata, matlamat utama Festival pada kali ini adalah bagi memperkenalkan dan  mempertingkatkan lagi industri pelancongan Selangor, yang berpotensi menjadi kawasan tumpuan jurugambar dan pencipta kandungan kreatif, selain menambah baik lagi beberapa kawasan tumpuan pelancongan ikonik di negeri Selangor.



Negeri Selangor telah berjaya menarik lebih 10.2 juta pelancong domestik ke negeriSelangor pada tahun 2021 dan menjadikan negeri Selangor sebagai negeri yang paling ramai dikunjungi di Malaysia. Melalui kerjasama dengan pemain industri pelancongan utama, seperti Jumpstreet Asia, Selangor Fruit Valley, Hotel Eastin, Muzium Coklat, Jungle School Gombak dan Gamuda Land, Selangor International Travel photography Festival mampu meningkatkan lagi usaha mempromosikan pelancongan domestik negeri Selangor dengan lebih baik lagi.


SUKACITA,

AYIE.

Comments

Popular posts from this blog

Samsung Galaxy Z Fold7 & Flip7 Kini di Malaysia: Inilah Apa yang Anda Perlu Tahu

IDEA LIVE ARENA TINGKATKAN DAYA TARIKAN NEGARA SEBAGAI HAB HIBURAN DAN PELANCONGAN SERANTAU SEMPENA TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2026!

TOURISM SELANGOR AKAN MEMBAWAKAN AIZAT AMDAN DAN TAWAR DISKAUN SEHINGGA 50% DI MATTA FAIR KALI INI