SPLENDID SELANGOR FAMILY-FUN PHOTO HUNT 2022 - Memeriahkan SELANGOR INTERNATIONAL TRAVEL PHOTO FESTIVAL 2022.
Assalammualaikum dan Salam Manis....
Hari terakhir Selangor International Travel Photo Festival 2022 yang berlangsung selama 2 hari bermula 12 hingga 13 November 2022 di UG Atrium, Paradigm Mall, Petaling Jaya dimeriahkan lagi dengan aktiviti berkumpulan iaitu Splendid Selangor Family-Fun Photo Hunt 2022.
Splendid Selangor Family-Fun Photo Hunt 2022 merupakan acara berkumpulan yang memerlukan peserta menjawab 8 soalan melalui gambar yang diambil di dalam Paradigm Mall dan membuat album foto di FB dan menghantar jawapan sebelum masa yang ditetapkan.
Ayie bersama seorang lagi rakan iaitu Kak Mieda turut mengambil bahagian dan beria-ria ambil gambar sana sini dalam Paradigm Mall berdasarkan klu yang diberi. Katanya perlu berpikir diluar kotak untuk menjawab soalan dan ambil gambar yang paling menarik dan terbaik. Tetapi apakan daya, kreativiti kami tak cukup dan teknik photografi masih lemah maka nak menang saguhati pun kami tak mampu... sedihhhhh...
Takpe, sekurang-kurangnya kami telah mencuba dan Splendid Selangor Family-Fun Photo Hunt 2022 adalah satu acara yang sangat menarik dan memberi ruang kepada jurugambar-jurugambar dan peminat-peminat photografi menunjukkan bakat mereka.
Tahniah kepada yang menang dan harus diakui jawapan dan gambar-gambar yang mereka berikan memang kreatif dan cantik-cantik belaka. Untuk yang kurang bernasib baik, kita cuba di lain waktu ya..Selain terlibat dalam photo hunt, Selangor International Travel Photo Festival 2022 juga telah menampilkan pelbagai aktiviti seperti pertandingan dan pameran fotografi, perbincangan dan pembentangan, persembahan kebudayaan, seminar dan banyak lagi. Festival ini juga melibatkan kerjasama dengan pemain industri pelancongan utama, seperti Jumpstreet Asia, Selangor Fruit Valley, Hotel Eastin, Muzium Coklat, Jungle School Gombak dan Gamuda Land.
Semoga Selangor International Travel photography Festival mampu meningkatkan lagi usaha mempromosikan pelancongan domestik negeri Selangor dengan lebih baik lagi.
SUKACITA,
AYIE.
Comments
Post a Comment