BUDAK API MOVEMENT : BUDAK - BUDAK BERMAIN API YANG BERANI DAN BERKEMAHIRAN TINGGI !!!

ASSALAMMUALAIKUM  &  SALAM  MANIS.....
Bermalam di Riverside Camp Gopeng untuk TOMER 2022 ( Tourism Malaysia Media Explore Race 2022 ) beberapa hari yang lalu telah memperkenalkan Ayie dengan BUDAK API MOVEMENT. Dengar dari namanya, adakah mereka ini budak-budak yang bermain api? Ya betul! cuma untuk lebih jelas, Budak Api Movement ialah sekumpulan pelagak tarian api yang berkemahiran tinggi, tangkas dan berani. Menggunakan element api sebagai konsep utama dalam persembahan mereka, setiap formasi koreografi pergerakan budak-budak ini sangat mengagumkan.  


Menonton persembahan mereka memang best dan keheningan malam kami dihiasi cahaya cerah hasil dari pergerakan budak-budak api yang tangkas dan berani. Pusing-pusing dan lambung-lambung alatan api mereka memberi debaran dan jeritan teruja penonton dan ditambah dengan semburan-semburan api maka semakin hangat lah malam kami. 

Nak lebih havoc, saja je seorang dua budak api ini buat semburan api dekat dengan penonton. Terkejut Ayie!!! risau terbakar kang !! Tapi jangan risau, mereka terlatih dan mahir untuk setiap tindakan mereka dan sudah dipikirkan dulu semua aspek keselamatan... tenang.. tenang jangan ribut jiwa... hahahaa.. walaupun bahang semburan api tu terasa..hehehehe

Komunikasi pelagak tarian api ini juga sangat ceria dan menghiburkan. Interaksi dengan penonton menambah rasa gembira dalam pertunjukan mereka lebih-lebih lagi apabila memberi kesempatan kepada penonton untuk secara sukarela ke depan bersama mereka bermain api. Sesiapa yang berani tu, mesti cuba tau! 


Pokoknya, persembahan Budak api movement memang terbaik dan sekiranya anda terdengar dimana-mana tentang mereka membuat show, haruslah di tengok dan rasakan sendiri kehebatan mereka. Atau, undang mereka untuk sebarang acara atau program pasti Budak Api Movement bersedia menunjukkan kehebatan mereka.

BUDAK API MOVEMENT

Malaysia Fireshow Performance.

Tel : +6017 - 6959087 ( booking )


IG : budakapimovement

Ayie dah tengok, anda dah ke belum?

SUKACITA,

AYIE.




Comments

Popular posts from this blog

MENU BARU AYAM GEPUK PAK GEMBUS : SATE AYAM CRISPY JOGJA & AIR KELADI SEMARANG !!

IDEA LIVE ARENA TINGKATKAN DAYA TARIKAN NEGARA SEBAGAI HAB HIBURAN DAN PELANCONGAN SERANTAU SEMPENA TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2026!

ASTRO SHAW DAN MIRINDA BERKONGSI KEBERKATAN RAMADAN DENGAN MERAIKAN MEREKA YANG MEMERLUKAN