PELANCARAN LAGU TEMA FILEM COAST GUARD MALAYSIA: OPS HELANG DI STESEN UDARA MARITIM SUBANG

Assalammualaikum  &  Salam Manis...

Pelancaran lagu tema filem COAST GUARD MALAYSIA: OPS HELANG telah lancar dibuat di STESEN UDARA MARITIM SUBANG pada 17 Januari 2023 yang lalu. Pelancaran dengan gimik yang sangat menakjubkan itu telah disempurnakan oleh Pasukan Tindakan Khas dan Penyelamat (STAR TEAM) dari Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Kementerian Dalam Negeri serta turut diraikan oleh Laksamana (M) Dato' Mohd Zubil Bin Mat Som, Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia. Ia juga disokong sepenuhnya oleh UNION COFFEE by INCITE FOODTECH yang merupakan penaja utama bagi majlis ini.



Lagu "YES SIR' terbitan COF MUSIC menampilkan ZAMANI sebagai penyanyi utama dan gabungan penyanyi rap iaitu ARIFF PETER yang juga merupakan penulis lirik bersama HASRIL, OTROMEN, dan NASS. Menariknya, lirik lagu 'Yes Sir' ini diinspirasikan khusus untuk filem Coast Guard Malaysia: Ops Helang. Zamani dan Ariff Peter muncul beruniform maritim Malaysia bersemangat menyanyikan lagu tema " YES SIR " ini.

Klik sini untuk dengarkan lagu " YES SIR " nyanyian Zamani 👇👇👇

https://youtu.be/rXiCgOyQtEs


Filem COAST GUARD MALAYSIA: OPS HELANG ini memaparkan kisah kehidupan seorang Pegawai Pasukan Tindakan Khas dan Penyelamat (STAR Team) dari Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) iaitu Leftenan Maritim Hafiz yang terpaksa berhadapan dengan sekumpulan penjenayah di perairan negara apabila ahli keluarganya menjadi tebusan.





Dari pelancaran lagu temanya sahaja telah membuat Ayie teruja untuk menonton filem ini dan pastikan anda menonton filem ini yang akan berada di seluruh pawagam tanah air bermula 2 Februari 2023. 


SUKACITA,

AYIE.  






Comments

Popular posts from this blog

MENU BARU AYAM GEPUK PAK GEMBUS : SATE AYAM CRISPY JOGJA & AIR KELADI SEMARANG !!

IDEA LIVE ARENA TINGKATKAN DAYA TARIKAN NEGARA SEBAGAI HAB HIBURAN DAN PELANCONGAN SERANTAU SEMPENA TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2026!

ASTRO SHAW DAN MIRINDA BERKONGSI KEBERKATAN RAMADAN DENGAN MERAIKAN MEREKA YANG MEMERLUKAN