BUFET RAMADAN 'SENTUHAN RAMADAN' HOTEL TENERA 2023 ISTIMEWA DENGAN DATIN ALYAH !!!

Assalammualaikum  &  Salam Manis...


Mendekati bulan ramadhan yang bakal tiba nanti, Hotel Tenera sekali lagi bakal memenuhi selera masyarakat apabila menyediakan pelbagai menu Bufet Ramadan 2023 bertemakan 'Sentuhan Ramadan'  bermula pada 25 Mac sehingga 19 April 2023.

' SENTUHAN RAMADAN ' HOTEL TENERA 2023

Bufet Ramadan 'Sentuhan Ramadan' kali ini akan menyajikan masakan kampung dan hidangan Warisan Melayu ini pastinya menjadi tarikan ramai masyarakat di luar sana yang menggemari masakan tradisional dan sekali gus membuatkan mereka mengimbas kembali kenangan berbuka puasa di desa.

Seperti biasa, menu Bufet Ramadan di Hotel Tenera pastinya menjadi pilihan ramai dari pelbagai golongan untuk berbuka puasa kerana sajiannya yang sedap, tempatnya yang selesa dengan harga berpatutan buat seisi keluarga.

Para pengunjung boleh menikmati suasana berbuka seperti berada di bazar-bazar Ramadan kerana terdapat lebih 30 gerai makanan yang menyajikan hidangan kegemaran ramai seperti Rendang Ayam Cili Padi, Urat Keting Asam Pedas, Rendang Ayam Utara, Siput Sedut Masak Lemak, Ikan Talang Gulai Nanas, Sotong Goreng Percik, Ayam Ungkep, Daging Dendeng, Sembilang Masak Lemak Daun Kunyit, Udang Kelapa Parut, Ayam Kunyit Telur Sarang, Daging Tetel Gulai, Sambal Udang Petai Siseh dan banyak lagi.







Tidak lupa juga variasi makanan di Gerai Penyek Sambal Lada, Bakso Sup, Nasi Ayam Buluh Betong, Kari Kepala Ikan Salmon, Bubur Lambuk Bangi Lama, Sambal Saodah, Oden Celup Celup, Dim Sum, Best In Town Fried Noodles, Pasta World dan bermacam-macam lagi.













Anda juga pasti tidak sabar untuk menikmati kelazatan Picolomondo Pizza Kampung, Rojak Buah Padu Padu, Sandwich Island, Gerai Roti, John Tortilla Brisket, Keropek Abe, Cendol Sawit dan Roti Bakar Arang.







Aneka pilihan cucur,kuih muih Melayu, , buah-buahan, jeruk, ais krim, kek dan pencuci mulut serta pelbagai jenis minuman pelengkap selera seperti Air Panehh, Air Sejuk Mata Memandang, Air Botol Legend dan Kopi Gantung Brew Omputih.






















Keenakkan lebih 200 menu hidangan ini adalah hasil air tangan seorang Cef yang berpengalaman, Cef Sahisal Azrul Mat Said iaitu sebagai Chef Eksekutif Hotel Tenera.

Lebih istimewa, tahun ini Hotel Tenera berbesar hati memperkenalkan selebriti popular Datin Alyah sebagai Wajah Bufet Ramadan Hotel Tenera 2023. Alyah bukan sahaja menyukai dan meminati semua menu Bufet Ramadan di Hotel Tenera, malah penyanyi lagu Kisah Hati ini sudi menjadi Wajah bagi mempromosikan menu istimewa yang disajikan oleh Pihak Hotel. 



Sungguh 'mewah' aneka juadah 'Sentuhan Ramadan' yang disajikan, namun harganya tetap berpatutan dan sangat berbaloi. Pengunjung boleh menikmati harga yang berbaloi iaitu RM118 untuk dewasa dan RM58 untuk kanak-kanak yang berusia 11 tahun dan ke bawah.

Hotel Tenera sering menjadi pilihan pengunjung apatah lagi apabila Bufet Ramadan kali ini sedia menyajikan masakan berbuka puasa sedap-sedap belaka sambil dihiburkan dengan alunan lagu-lagu Melayu dan Inggeris yang malar segar. 

Sepanjang bulan Ramadan juga, Hotel Tenera turut menawarkan promosi harga bilik istimewa termasuk dengan baucar Bufet Ramadan serta hidangan di waktu sahur. Pihak hotel turut menyediakan kemudahan surau atau dewan solat kepada para pengunjung untuk menunaikan solat Maghrib, Isyak dan Solat terawikh. Selain itu, semua pengunjung juga diberikan parkir percuma.

Sedikit mengenai Hotel Tenera, hotel milik penuh Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad, KPFMB ini adalah berkonsepkan 'mesra Muslim'. Antara yang menarik hotel ini mempunyai 500 buah bilik, 10 bilik seminar, sebuah Grand Ballroom yang boleh memuatkan seramai 1000 orang dan mempunyai tiga buah kolam termasuk satu kolam yang dikhususkan untuk muslimah. Sebarang maklumat lanjut boleh hubungi di talian 03-89299600 atau whatsap 019-3854796/019-3592796. Sebarang promosi berkaitan bufet Ramadan Hotel Tenera 2023 bertemakan 'Sentuhan Ramadan' boleh dirujuk di laman sosial facebook (Hotel Tenera Bangi) atau instagram (@hoteltenerabangi). Jangan lupa layari facebook/Instagram hoteltenerabangi.

FB :https://www.facebook.com/hoteltenerabangi/

IG : @hoteltenerabangi

Persiaran Kemajuan, Seksyen 1, 

43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

Phone: 03-8929 9600

Selamat berbuka puasa di HOTEL TENERA BANGI !!!!


SUKACITA,

AYIE.




Comments

  1. Bestnya baca blog ni. Bagus rupanya hotel tenera. Harga pun patut. Tq ayie .

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Samsung Galaxy Z Fold7 & Flip7 Kini di Malaysia: Inilah Apa yang Anda Perlu Tahu

IDEA LIVE ARENA TINGKATKAN DAYA TARIKAN NEGARA SEBAGAI HAB HIBURAN DAN PELANCONGAN SERANTAU SEMPENA TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2026!

TOURISM SELANGOR AKAN MEMBAWAKAN AIZAT AMDAN DAN TAWAR DISKAUN SEHINGGA 50% DI MATTA FAIR KALI INI