NENEK BONGKOK TIGA : KISAH FANTASI SERAM DI VIU ORIGINAL !!!

 Assalammualaikum  &  Salam Manis.....

Viu membuka tirai 2023 dengan siri Viu Original terbaru berjudul NENEK BONGKOK TIGA yang menampilkan pelakon-pelakon berbakat yang diarahkan oleh pengarah terkenal, Datuk Yusri Abdul Halim dengan bakat-bakat baru yang mantap dan pelakon lama yang berpengalaman bersama-sama menjayakan siri ini, Nenek Bongkok Tiga pastinya menjadi kegemaran para peminat fantasi seram.

Dalam kisah fantasi seram ini, lapan orang telah diculik dan dijadikan tebusan dalam sebuah rumah agam di Hutan Bukit Luruh, yang cukup dikenali sebagai lokasi orang hilang. Satu-satunya penghuni rumah agam tersebut, Nenek menuduh sekumpulan ini menceroboh kawasan yang dimiliki oleh satu entu yang dikenali sebagai Tuan Tanah. Untuk keluar daripada rumah agam tersebut, mereka perlu melakukan beberapa cabaran. Pada awalnya, kumpulan ini saling bekerjasama, tetapi cabaran yang ditetapkan oleh Tuan Tanah misteri kemudiannya memaksa mereka untuk mengkhianati satu sama lain untuk terus hidup. Sedikit demi sedikit, misteri Bukit Luruh mula terungkai, dan niat tersembunyi Nenek didedahkan.

Hun Hageem memegang watak Zamir, seorang pendaki yang menyalahkan diri sendiri atas kehilangan adiknya, Zaid di hutan misteri Bukit Luruh. 

Turut membintangi siri ini ialah Meergeen, yang memegang watak Adi, seorang penyendiri yang mempunyai cip di bahu disebabkan insiden ketika zaman kanak- kanaknya. 

Sara Ali memegang watak Alis, seorang wanita jalanan yang melarikan diri setelah gagal dalam rompakan.

Bekas pelakon remaja popular, Syafie Naswip memegang watak Sani, seorang yang terpisah daripada dunia sosial kerana dihantui oleh bayangan teman wanitanya yang telah meninggal dunia. 

Seorang lagi pelakon yang cukup dikenali di kalangan peminat drama tempatan ialah Fimie Don yang memegang watak Mior, seorang pembuli yang secara tidak sengaja telah membunuh pelajar lain, namun itu bukanlah perkara besar yang dilakukannya.

Bintang Juvana, Syazwan Zulkifly memegang watak Salim, seorang lelaki yang sentiasa berfikiran positif dan bersifat seperti seorang abang, yang memiliki rasa bersalah yang cukup menebal sehingga memakan diri. 

Ashraf Muslim memegang watak Haikal, seorang ahli agama yang percaya bahawa Bukit Luruh mempunyai rahsia yang melangkaui logik akal dan hanya kepercayaan kepada tuhan mampu menyelamatkan diri seseorang. 

Sara Mack Lubis memainkan watak Malia, seorang pempengaruh media sosial yang telah menyebabkan kematian seorang lelaki. 

Bekas pelakon kanak-kanak, Rykarl Iskandar memegang watak yang lebih berat dalam Nenek Bongkok Tiga sebagai Zaid, adik Zamir yang mana penampakannya di hutan tersebut menjadi satu seksaan yang cukup berat buat diri Zamir.

Sherie Merlis pula memegang watak sebagai Nenek misteri, penjaga rumah agam. Walaupun pada awalnya kelihatan mesra, kelapan-lapan orang tahanan tersebut akhirnya mendapat tahu bahawa Nenek bukanlah seperti yang disangka. 

Melengkapkan lagi siri ini adalah pelakon lagenda Sofia Jane yang memegang watak Samira, satu-satunya orang yang berjaya melarikan diri daripada kengerian di Bukit Luruh, namun mengetahui ada lagi perkara yang dia tidak boleh lari daripadanya. 

Dua episod untuk kisah seram fantasi seram ini sudah ditayangkan di platform Viu pada 9 Februari lalu dan diikuti dengan satu episod baru setiap minggu pada setiap hari Khamis. 

Penonton Viu yang meminati kisah fantasi seram Malaysia boleh menonton Nenek Bongkok Tiga di aplikasi Viu, yang boleh dimuat turun secara percuma melalui App Store, Google Play, Huawei App Gallery dan TV pintar terpilih, serta laman web : www.viu.com.

Apalagi, peminat siri fantasi seram begini haruslah download aplikasi Viu dan selamat menonton NENEK BONGKOK TIGA !!!


SUKACITA,

AYIE.


Comments

Popular posts from this blog

MENU BARU AYAM GEPUK PAK GEMBUS : SATE AYAM CRISPY JOGJA & AIR KELADI SEMARANG !!

IDEA LIVE ARENA TINGKATKAN DAYA TARIKAN NEGARA SEBAGAI HAB HIBURAN DAN PELANCONGAN SERANTAU SEMPENA TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2026!

ASTRO SHAW DAN MIRINDA BERKONGSI KEBERKATAN RAMADAN DENGAN MERAIKAN MEREKA YANG MEMERLUKAN