SPLASH MANIA GAMUDA COVE : JOM BASAH-BASAH & GELONGSOR SANA SINI !!!
Assalammualaikum & Salam Manis.......
Taman tema air baru milik Gamuda Land dibuka sekarang dan sedia menerima kunjungan orang ramai untuk merasai keseronokkan bermain air di SPLASH MANIA GAMUDA COVE. Ayie dan kawan-kawan dah pergi sebelum ini dan sudah merasai percikan mania yang ada di sana.
SPLASH MANIA ini ada 39 tarikan taman tema air termasuk 24 gelongsor yang moden dan menarik. Antara tarikan-tarikan yang Ayie dah cuba dan marilah Ayie ceritakan, SHAKA WAKA : Shaka-waka-eh-eh memang best. Gelongsor berkelajuan tinggi ini bikin hati berderau dan lebih best bila tiub gelongsor ni bukan kosong tapi ditambah dengan dramatik visual dan sound effects yang sempat lah buat Ayie lost sekejap.. Dah la naik sorang-sorang, kejap terang kejap gelap laju je sampai habis.. Memang korang kena cuba!
SAMAUMEIRA DROP : Ini satu lagi, mendaki nak naik kapal tu pun dah tinggi melangit, sampai-sampai kat atas hati cuak pulak, tiba-tiba takut tak yakin pulak. turun balik. Akhirnya setelah dua tiga orang bagi feedback kata best dan ok je, Ayie pun naiklah lagi sekali. Dari atas ko tengok ke bawah memang seram. Betul-betul dia just drop kau tegak ke bawah. Tapi dek kerana kelajuannya, baru 3 saat ko takut eh eh eh dah selamat sampai bawah. Dua kali Ayie ulang main. hahhahahaha
Ok, ada beberapa lagi gelongsor yang best dan wajib cuba. Semua ada kelebihan dan keseronokan masing-masing. Yang lebih best, semua permainan air ini dekat-dekat maka takde lah nak memusing jauh.
Untuk mereka yang tak punya untuk gelongsor-gelongsor tu semua, just relaks di OMBA'KING COVE pun dah cukup menyenangkan. Kawasan ala-ala pantai sambil mandi manda dengar lagu hiburkan hati. Satu lagi, naik pelampung sambil menyusuri RAVAGE RIVER pun best jugak. Feeling-feeling healing gitu.
Ibubapa yang bawa anak-anak, mesti akan bawa mereka ke TREASURE TOWER. Menara air ini memang sana sini atas bawah penuh dengan pancuran dan percikan air. Bergembiralah budak-budak main air kat sini. Yang dewasa pun tumpang sekaki.
Bab makan, yang ini Ayie nak puji. Sedap-sedap makanan-makanan yang di jual di JUNGLE JAMBOREE dan harga pun berpatutan. Terus teringat char kue tiau yang Ayie makan kat sana. Sedap dan cukup rasa.
Kemudahan lain seperti locker, bilik persalinan, shower, tandas, perubatan dan surau bersih dan selesa.
Harga pulak, mestilah ada promosi!! untuk permulaan sehingga 31 Mac ini, RM79 untuk dewasa dan RM63 bagi kanak-kanak.
Selepas tempoh promosi tamat, harga tiket kembali menjadi harga asal iaitu RM125 untuk dewasa dan RM95 untuk kanak-kanak. Kanak-kanak berketinggian 0.9 meter ke bawah adalah PERCUMA.
Beli tiket anda di sini : glplay.com.my/SplashMania
Ada beberapa lagi tarikan yang hanya menunggu masa di lancarkan antaranya ATLANTIS VR iaitu gelongsor yang memerlukan pengunjung memakai peranti Realiti Maya (VR) sambil menuruni gelongsor dan ia merupakan permainan pertama seumpamanya di Malaysia.
Apalagi, jom la basah-basah dan main pelbagai jenis gelongsor yang ada di SPLASH MANIA GAMUDA COVE !!!
Mari kita enjoy!!!!!
SUKACITA,
AYIE.
Comments
Post a Comment