SUMPAHAN SYAITAN - FILEM KOMEDI SERAM MENGGELIKAN HATI !!!
Assalammualaikum & Salam Manis....
Jom ke panggung seluruh negara bermula 2.3.23 ini untuk menonton filem komedi seram SUMPAHAN SYAITAN. Filem sulung terbitan D-Bay Film Factory & Redfiress Film Production dan diarahkan oleh pengarah berbakat Roy Krishna.
SUMPAHAN SYAITAN
Filem ini mengisahkan tentang Sam (Farid Kamil) yang diperdaya untuk membuat pelaburan MLM yang dikendalikan oleh Ray (Adam Shahz). Sam terpaksa meminjam wang dengan seorang peminjam wang yang ganas iaitu Branco (Dato' Jalaludin Hassan).
Setelah Sam menyedari beliau ditipu dari pelaburan MLM, Sam membawa isterinya (Nynaa Harizal) dan anaknya, Angel (Lala) berjumpa Malik untuk melarikan diri dari Branco. Malik telah mengarahkan Sam & keluarganya pergi ke sebuah hotel lama yang baru dibelinya untuk menyembunyikan diri.
Maka Sam mula menguruskan hotel tersebut namun, selepas Sam memulakan operasi di hotel tersebut, pelbagai kejadian aneh berlaku di hotel tersebut. Rupa-rupanya hotel itu telah di sumpah oleh syaitan yang pernah dipuja pada satu ketika dulu.
Apakah yang akan terjadi kepada Sam dan keluarganya?
Adalah Branco berjaya mendapatkan kembali wangnya?
Di sebalik kisah seram, pasti ada juga kisah komedi yang perlu korang saksikan. Filem ini bakal ditayangkan di seluruh pawagam termasuk Brunei dan Singapura bermula 02.03.2023.
Filem
Sumpahan Syaitan
Pengarah
Roy Krishna
Genre
Seram Komedi
Pelakon
Farid Kamil, Dato' AC Mizal, Dato' Jalaudin Hassan, Nynaa Harizal, Saiful Apek, Azlee Senario, Pak Ya Sepahtu, Yassin Senario, Epy Kodiang, Syaiful Zero, Amai Kamaruddin, Arin Raja Lawak, Adam Shahz, Azlan Komeng, Kenji Sawahii & ramai lagi
Penerbit
D-Bay Film Factory & Redfiress Film Production
TONTON & MENANG !!!
Berita baik untuk semua yang bakal menonton filem "Sumpahan Syaitan" di mana korang berpeluang untuk memenangi motorsikal.
Terdapat 5 buah motor untuk diberikan kepada penonton bertuah!!!
Mudahkan???
Tunggu apa lagi! Jom ramai-ramai saksikan filem "Sumpahan Syaitan" di pawagam berhampiran korang bermula 02.03.2023 ini!
Jangan risau, hadiah-hadiah ini semuanya tiada Sumpahan Syaitan ya...
Nak tahu lebih lanjut, layari ...
FB : https://www.facebook.com/profile.php?id=100085672330958&mibextid=ZbWKwL
IG : https://www.instagram.com/dbay.filmfactory/
TIKTOK : https://www.tiktok.com/@dbayfilmfactory
Maka dengan itu, jangan lupa menonton Sumpahan Syaitan di pawagam dan menang hadiah menarik !!
SUKACITA,
AYIE.
Comments
Post a Comment