BERBUKA PUASA DI IBIS HOTEL KLCC DENGAN " SAJIAN WARISAN BONDA ALA KAMPUNG ".

Assalammualaikum  &  Salam Manis...

Berkesempatan menikmati bufet ramadhan IBIS HOTEL KLCC tahun ini memang sedap dan puas hati. Banyak menu yang sesuai dengan selera Ayie antaranya Kambing Golek, Daging Salai Masak Lemak dan Sambal Udang. Setiap kali diulang hidang, mesti cepat habis. Pasta live cooking pun sedap. Pencuci mulut macam Kek Red Velvet, Cheese Kek dan Apam Balik mereka sedap gilerr. Lebih-lebih lagi Teh Tarik kaw-kaw rasa dia...





Bertemakan Sajian Wariasan Bonda Ala Kampung, Ibis Hotel KLCC ingin menarik lebih ramai pengunjung berbuka puasa di hotel mereka. Harga yang ditawarkan boleh dikatakan murah dan berbaloi dengan pelbagai menu yang dihidangkan di samping kecantikan tempat makan yang berada di aras tinggi dengan pandangan luar yang indah bandaraya Kuala Lumpur.

HOTEL IBIS KLCC

SAJIAN WARISAN BONDA ALA KAMPUNG

DEWASA : RM 98 net

WARGA EMAS : RM 88 net

KANAK-KANAK : RM 68 net

10% OFF untuk in-house guest & all members

Hubungi : 012 668 9929 / 012 222 0568

KOLABORASI DENGAN ADABI !

Menariknya, Hotel Ibis Klcc kali ini berkolaborasi dengan pengeluar rempah asli melayu ADABI. Ada beberapa sajian  yang menggunakan rempah-rempah dari ADABI. Gulai kawah, sup tulang dan beberapa lagi juadah menggunakan rempah, serbuk cili dan serbuk kari ADABI. Memang sedap ibarat sajian istana di zaman silam.














Bercakap dengan Chef Farid selaku Chief Chef Ibis Hotel Klcc, bufet ramadhan tahun ini diolah menjadi lebih menarik dan 'signature dish' beliau ialah Sup Tulang, Gulai Kawah dan Kambing Golek. Pelbagai menu disediakan sekitar 120 juadah yang terdiri dari menu utama, pembuka selera, pencuci mulut dan minuman. Jangan lupa aiskrim Malaysia macam-macam perisa pun ada!







Promosi juga dibuka untuk 'Staycation' di Hotel Ibis Klcc bermula RM268 termasuk berbuka puasa dan sahur. Untuk lebih lanjut, hubungi Hotel Ibis Klcc ya.... 

                               

Maka dengan itu, Hotel Ibis Klcc sudah bermula dan sedia menanti kunjungan anda semua dan jika berkenan dihati, jom la tempah berbuka puasa Sajian Warisan Bonda Ala Kampung Hotel Ibis Klcc!

               

SELAMAT BERPUASA & SELAMAT BERBUKA PUASA DI HOTEL IBIS KLCC!!


SUKACITA,

AYIE.


Comments

Popular posts from this blog

EKPLORASI TASIK KENYIR : Bersama UMT & MEDIA SOSIAL - 24 JAM Pertama.

BATAM - EPISOD 2 : NAIK RORO KE PULAU BINTAN..

KG JKIN RESORT : APA CITER ATV TERMURAH & HIKING KE KAWASAN MAHLUK HALUS ??!!