HADIAH RAMADAN ANCASA HOTEL KUALA LUMPUR & BUFET RAMADAN ' SIRIH PULANG KE ANCASA '.

Assalammulaikum  &  Salam Manis....


Ancasa Hotel Kuala Lumpur memuliakan lagi Ramadan Al-Mubarak tahun ini dengan acara pemberian bubuk lambuk kepada orang ramai dan berbuka puasa dengan anak-anak dari Pusat Pertubuhan Al-Firdausi Cheras pada 27 Mac 2023 yang lalu.

Bertungkus-lumus dari pagi untuk menyediakan bubur lambuk yang enak, warga kerja Ancasa Hotel mula mengagihkan juadah tradisi ramadan itu kepada orang ramai yang melalui Ancasa Hotel KL dan mereka yang berada di sekitar. Tidak hanya bubur lambuk, terdapat juga makanan dan minuman lain yang dibungkus cantik turut diberikan.





Lebih sedap, Ancasa Hotel KL bekerjasama rapat dengan pengeluar rempah ratus melayu asli ADABI dalam penggunaan bahan masakan bubur lambuk dan menu-menu berbuka puasa ramadan bufet hotel mereka. Rempah ADABI memang selalu menjadi pilihan rakyat Malaysia dan terbukti menyelerakan.



Syukur Alhamdullillah, lebih kurang 40 anak-anak Pusat Pertubuhan Al-Firdausi Cheras telah diarai dalam majlis berbuka puasa Ancasa Hotel KL yang bertemakan 'Sirih Pulang Ke Ancasa'.








Sirih Pulang Ke Ancasa berkonsepkan warung-warung yang menyediakan menu-menu berbuka seperti Warung Pak Hasrul untuk Kambing Golek Arau, Warung Mak Ani untuk Ikan Bakar Klebang dan banyak lagi warung yang sedia menanti kita. Warung sushi pun ada! Yang menarik perhatian Ayie ialah Warung Bang "E" yang menyediakan aneka manisan warna-warni dengan pelbagai bentuk dan rasa. Lagi satu, Warung Dik Shiera jangan lupa pergi, cucur kodok pisang beliau memang sedap. Gebu gebas dan comel-comel je, beberapa kali la Ayie tambah. 












Mari berbuka puasa di ancasa hotel kuala yang telah bermula pada 23 Mac sehingga 19 April 2023 dan nikmatilah bufet ramadan yang enak dan menyelerakan. Selain itu, pakej Stay.Dine.Enjoy Ancasa Hotel juga ada bagi mereka yang mahu menginap di sini dan jom gandakan pahala dengan INFAQ IFTAR untuk anak-anak yatim dengan hanya RM58 untuk seorang kanak-kanak.

SIRIH PULANG KE ANCASA

ANCASA HOTEL KUALA LUMPUR

TEL : 03 - 2026 6060 ext 7703

RM98 dewasa

RM58 kanak-kanak

RM58 warga emas




Selamat berbuka puasa di Ancasa Hotel Kuala Lumpur !!!


SUKACITA, 

AYIE.



Comments

Popular posts from this blog

EKPLORASI TASIK KENYIR : Bersama UMT & MEDIA SOSIAL - 24 JAM Pertama.

BATAM - EPISOD 2 : NAIK RORO KE PULAU BINTAN..

KG JKIN RESORT : APA CITER ATV TERMURAH & HIKING KE KAWASAN MAHLUK HALUS ??!!