KEJAHATAN PUTERI SARAH LIYANA !!! FILEM MEMBURU BAKAL TIBA DI ASTRO FIRTS !!

Assalammualaikum  &  Salam Manis....


Akan datang di Astro First filem MEMBURU bakal menampilkan genre seram. Sebuah filem hasil karya Jaafar Taib & SK dan diarahkan oleh SK sendiri, MEMBURU menampilkan lakonan Fauzi Nawawi, Shah Iskandar, Puteri Sarah Liyana, Soffi Jikan, Serra Kamal dan Cathy Ikh. MEMBURU juga mempertontonkan lakonan jahat Puteri Sarah yang sering baik dalam karya beliau sebelum ini. Bagaimana jahatnya Puteri Sarah, semua ada dalam MEMBURU.



MEMBURU adalah kisah tentang seorang ayah yang bisa melakukan apa sahaja demi anaknya. Seorang ayah yang membuat keputusan yang salah dalam situasi putus asa dan akhirnya memakan dirinya sendiri dan anak kesayangannya.

MEMBURU juga seram dengan seorang gadis malang dikorbankan sebelum dia dapat berbakti kepada ibunya. Seorang doktor yang tamak pula mengambil kesempatan untuk menghasilkan keuntungan jutaan ringgit hanya untuk hidup dalam kemewahan. 

Akibatnya, saksikan bagaimana keegoisan dan keserakahan mereka, sanggup membunuh seorang gadis dengan kejam dan rohnya bangun untuk menuntut bela dan membunuh pengkhianat disebalik mautnya.



Bagi Ayie, idea filem ini menarik dan kejutan seram memang bagus. Pejam mata jugak la sebab takut. Cuma, dari segi ketelitian dalam menggambarkan cerita kurang dan banyak yang perlu diambil perhatian.

MEMBURU terbitan BR-V IMMORTAL PRODUCTION menanti tayangan di Astro First dan mari tonton bersama-sama.

MEMBURU

" TIADA SESIAPA AKAN TERLEPAS "


SUKACITA,

AYIE.


Comments

Popular posts from this blog

EKPLORASI TASIK KENYIR : Bersama UMT & MEDIA SOSIAL - 24 JAM Pertama.

BATAM - EPISOD 2 : NAIK RORO KE PULAU BINTAN..

KG JKIN RESORT : APA CITER ATV TERMURAH & HIKING KE KAWASAN MAHLUK HALUS ??!!